Tuesday 27 November 2018

Petua Bernas untuk ibu muda

KEMBUNG PERUT PADA BABY
.
Baby merupakan makhluk comel yang banyak angin. Jangan terkejut bila dengar fakta yang baby kentut 13-21 kali sehari. Normal je tu.
.
Tapi kenapa banyak sangat anginnya? Haa..itu yang menjadi tanda tanya. Lazimnya, angin masuk ke perut baby melaui beberapa cara.
.
Melalui menyusu, sama ada breastfeeding atau botol susu
Menangis yang berterusan
Tidur dengan mulut terbuka dan kipas terpasang
.
Bila dah kembung perut, maka menangislah baby tu. 
.
Bagaimana Mencegah Kembung Perut Pada Baby?
.
Periksa cara menyusukan baby – Pastikan semasa menyusukan anak, kepala baby lebih tinggi dari perut. Dengan itu, susu akan terus masuk ke dasar perut dan angina pula akan naik ke atas dan keluar melalui sendawa.
Sendawakan baby anda – lepas baby habis menyusu, telangkupkan tetap pastikan kepala baby lebih tinggi dari badannya, dengan perut baby diletak di atas peha. Urut belakang baby sampai sendawa.
Tukar peralatan menyusu jika tak sesuai – Jika masih pakai puting susu yang biasa, apa kata tukar kepada yang anti-cholics. Puting anti-cholics akan mencegah angin masuk ke dalam perut baby semasa menyusu.
Exercise baby dengan kasih sayang – Sapukan minyak angin, dan baringkan baby dengan terlentang. Kayuhkan kakinya seolah-olah dia sedang menunggang basikal. Mandian suam juga boleh membantu dia melepaskan gas berlebihan di dalam perut.
.
Selamat mencuba! 
#infobyMHAMSB
#sharingbyKakCT

Sawan Tangis

Sawan Tangis
.
Sawan tangis adalah keadaan di mana bayi menangis tanpa henti selama 3 jam dalam sehari, dan berlaku melebihi 3 hari dalam seminggu. Keadaan ini boleh berlarutan hingga ke 3 minggu lamanya.
.
Tiada penyakit yang menyebabkan bayi mendapat sawan tangis, malah bayi yang sihat pun boleh terkena sawan tangis. Dan sememangnya keadaan ini akan membuatkan ibu dan bapa merasa susah dan sedih, walaupun mereka sudah beberapa kali melahirkan anak.
.
Sawan tangis berlaku pada 10-40% bayi, dan beransur-ansur hilang apabila menjejak umur 6 bulan.
.
Tanda-tanda sawan tangis:
.
Biasanya berlaku pada waktu lewat petang
Bayi menarik kakinya sehingga ke perut
Genggaman tangan bayi lebih uat dari biasa
Bunyi tangisan kebiasaanya kuat dan nyaring dari biasa.
.
.
#infobyMHAMSB
#sharingbyKakCt

PANDUAN MEMANDIKAN BAYI YANG BETUL


.
Saat bayi baru lahir merupakan saat pertama tubuh badan mereka menerima sentuhan dari sekeliling, sama ada dari sentuhanmanusia ataupun alam semulajadi (udara, cahaya matahari, air). Dan sebagai ibu bapa, kitalah yang menentukan waktu yang paling sesuai untuk mereka.
.
Bilakah waktu mandi yang paling sesuai untuk bayi?
.
Sebelum memandikan bayi, pastikan:
Mandian tersebut tidak mengganggu waktu tidur mereka
Tidak memandikan mereka semasa mereka sedang lapar
Bayi tersebut tidak kesejukan (demam dan sebagainya)
.
Mengapa orang tua-tua menyuruh memandikan bay pada waktu pagi? Apa hikmahnya?
.
Peringkat bayi adalah peringkat di mana mereka belum mampu mengawal  suhu tubuh badan mereka sendiri, sebagaimana orang dewasa.
.
Waktu pagi adalah waktu di mana perubahan suhu sedan berlaku dari sejuk kepada panas/hangat. Inilah waktu paling sesuai agar tubuh badan bayi tidak terkejut dengan perubahan tersebut. Dan kerana ini jugalah, kita digalakkan memandikan mereka dengan air hangat/suam-suam kuku.
.
Macam mana orang dulu-dulu boleh tahu pasal ini ya? Mesti melalui pengalaman kan..
.
.
#infobyMHAMSB #SharingbyKakCT

4 Tips Penjagaan baby yang betul


.
Tiada siapa dapat mengalahkan kelembutan kulit bayi. Namun, disebabkan kulitnya yang sensitif, maka kulit bayi juga perlu penjagaan yang khusus.
.
#1 Kerap Mandi Bukan Caranya
.
Seperti orang dewasa, kulit bayi juga mempunyai lapisan sebum (minyak semulajadi) yang melindungi kulit dari jangkitan bakteria. Bayi yang kerap dimandikan tak mempunyai lapisan minyak yang cukup.
.
#2 Hati-hati Dengan Basuhan Baju Bayi
.
Seeloknya, gunakan sabun basuh yang tanpa haruman ataupun pewarna. Bahan yang menghasilkan warna dan bau wangi mungkin tak sesuai untuk kulit bayi yang sensitive.
.
#3 Lembapkan Kulit Bayi
.
Losyen adalah pilihan utama ibu-ibu sekarang, tapi tahukah anda ada pilihan lain yang lebih baik? Gunalah minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Dua jenis bahan ini memang terbukti bagus untuk melembapkan kulit.
.
#4 Petroleum Gel
.
Petroleum Gel sangat berguna untk mengelakkan kawasan lampin bayi basah dan seterusnya menyebabkan ruam lampin. Sapukan di kawasan lipatan atau di kulit punggung dan celah kelengkang bayi sebelum memakaikan lampin.
.
.
#infobyMHAMSB
#sharingbyKakCT

5 Perkara yang perlu Dielakkan semasa mengurut bayi

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Mengurut Bayi
.
Sudah menjadi lumrah bayi, sentiasa sukakan urutan. Tahukah anda ada perkara yang tidak boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengurut bayi? Jom baca supaya kita tahu hal penting ni.
.
Jangan mulakan urutan sehingga bayi betul-betul rileks dan bersedia.
Usah lakukan urutan bayi di atas permukaan yang lembut seperti tilam atau sofa. Lakukan di atas lantai yang dialas dengan tuala atau kain yang bersih.
Semasa mengurut, perhatikan reaksi bayi. Jika bayi tersebut sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa. Antara tanda-tandanya: menangis, menahan nafas, mata melihat ke arah lain.
Jika bayi mudah teruja dengan urutan anda, cuba elakkan bercakap atau menyanyi semasa urutan. Ini kerana semasa teruja, otot mereka berada dalam keadaan yang tidak rileks. Urutan memerlukan otot-otot mereka rileks.
Urutan bayi sama sekali berbeza dengan urutan orang dewasa. Urutan bayi hanya pada permukaan kulit kereka sahaja, tidak perlu menekan jari ke dalam otot mereka.
.
.
#infobyMHAMSB #sharingbyKakCT

Saturday 29 September 2018

Nak tahu tak

Nak tau tak?  Sepanjang terjebak dengan Asmak ni macam2 kenangan indah, dan ilmu yang KakCT dapat.
.
Dulu KakCT pendiam, tak banyak cakap sekarang,  nak suruh cakap setengah jam tanpa henti pun boleh. Takut orang boring nak dengor jer haha.
.
Kakct start guna Minyak Herba Asmak dari Adelia sakit. Terjebak menjadi dropship sebab dengan bagi lebihan minyak dari guna untuk Adelia kepada kak ida. Roshaida Mat Yusop. Anak Kakida lah pengguna pertama KakCT.
.
Anak Kakida sembuh,  Kakida nak beli juga, disitulah bermula semuanya. Dari rakan sekerja, family dan jiran2 barulah komuniti mantin.  Sekarang seluruh malaysia KakCT dah pernah pos. Seronok tau kita bukan jual produk semata2 tapi kita kongsi manfaat produk. Semua produk Asmak KakCT dah guna. Memang terbaik. Baru best nak jual bila kita kenal apa yang kita jual.
.
Disamping guna untuk anak2 dengan harga murah KakCT dapat berkongsi manfaat produk dengan orang.  Semangat bermula dengan perjumpaan pertama dengan CEO Asmak cikgu  Nor Fazilah Abd Mohd. Nampak hala tuju dan terus usaha capai Target walaupun banyak dugaan. Dari zero kakct bermula. Walaupun dulu belajar sains comp,ada jugalah belajar business management tapi ilmu ada tak praktik tak jadi apa2.
.
Memang elok laa adik2 yang study business  management tu join Asmak korang akan nampak terus halatuju. Sebab Asmak bukan melahirkan peniaga tapi melahirkan usahawan.  Ilmu terus dari cikgu tau tak henti2.  Teori dan praktikal bergabung kebaboom. Nak dengan tak nak jer.  Baru sekarang nampak pentingnya Konsisten dan bertindak. Doakan KakCT kuat. 💖💖
.
Baru tahu dunia realiti sebenar , kenal macam2 perangai manusia,  Mulut manis berbica ,rambut Sama hitam tapi hati manusia ALLAH jer yang tau. Pengalaman berharga ajar KakCT lebih kuat dan hati2. Jiwa kental orang cakap. 😍
.
Ada yang nak Bagi  peluang Diri nak bersama team KakCT #CTRLegacy dialu2kan. Tapi pastikan anda JUJUR dan AMANAH,sebab ilmu boleh dicari boleh dikongsi tapi kejujuran dan amanah datang dari hati.

#Bersamaberkongsimanfaatnya
#CTRLegacy

Thursday 27 September 2018

Dari hatiku KakCT

BANGUN! BANGUN!BANGUN!
.
Tiada apa yang mudah untuk dicapai.
.
Senang untuk berkata-kata tapi sukar untuk laksanakan. CABAR DIRI ANDA!
.
Berhenti asyik mengharap ehsan orang lain.
Berhenti iri hati dengan rezeki orang.
kita tak tahu apa yang dia lalui untuk sampai ketahap tu.
.
Cukup tidur kah dia?
Cukup makan kah dia?
Cukup rehatkah dia?
.
Jadikan KEJAYAAN mereka semangat untuk kita terus berusaha.
.
Berhenti merintih dengan nasib.
Berhenti kemurungan berhari-hari mengenang nasib.
Berhenti kemalasan yang berterusan.
Berhenti dari terus asyik meminta2.
.
USAHA!  USAHA!  USAHA! 
Bermulalah sekarang berhenti bertangguh lagi.
.
Tiada kejayaan jika kita tidak mulakan.
Kunci utama kejayaan DOA, USAHA, TAWAKAL.
.
Rezeki milik ALLAH.
.
Ada kaki tangan,akal fikiran, berusaha lah sehabis baik.
.
Bukan senang nak jadi senang,  tapi senang nak jadi susah.
.
Teruskan usaha jangan putus asa.
KEJAYAAN AKAN SENTIASA BERSAMA KITA
Dari hati untuk ke hati 
#CTRLegacy

SEGALANYA BERMULA DISINI

Kenapa nak berniaga?
Rasullullah S.A.W bersabda "9/10 Dari punca rezeki adalah Dari perniagaan".
Nawaitu pertama kita penting. 

 Kak CT join MHAMSB sebab nak bantu lebih ramai ibu-ibu tahu tentang Minyak Herba Asmak Kerana ALLAH taala.
Alhamdulillah semakin ramai ibu2 tahu kelebihannya. Apapun kita kena percaya Dan yakin semua penyakit datang Dari ALLAH.
yang menyembuhkan juga ALLAH. 

Minyak Herba  Asmak asbab kesembuhan.
Pengalaman yang Kak CT lalui bila Adelia sakit.   Adelia batuk selesema teruk hampir sebulan bermulanya detik pertemuan dengan MHAMSB. KakCt memang takut sebab anak pertama pernah macamni dan sebab batuk selesema yang lama kena followup pakar sebab jangkitan kuman pada paru2. Kita sentiasa nak yang terbaik untuk anak. Bersyukur dipertemukan Awal Minyak Herba Asmak.
Rasa seronok sangat bila dapat feedback positive dari customer. Disamping dapat bantu orang lain kita pun dapat kumpul duit. Bak Kata pepatah "Sikit - Sikit  lama2 jadi bukit ".

"Tawakal itu kerja hati
Usaha itu kerja anggota
Bila ia Sentiasa selari
Insyallah kejayaan milik kita"- bicara ustaz