Sunday 1 November 2020

SEKSA BETUL NAK MAKAN BILA BATUK NI



.
.
Situasi ni biasa terjadi pada seseorang yang alami batuk. Yelah nak makan je batuk pastu mula nak tersembur makanan dalam mulut. Seksa betul rasa. Bagi orang yang mengalami batuk, ada beberapa jenis makanan yang sesuai dengan anda.

1. MAKANAN YAND MUDAH DITELAN
Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah dan sayur lembut, yogurt dan lain-lain. Contoh buah yang lembut ialah pisang dan betik.

2. ELAKKAN MAKANAN YANG KERAS
Makanan yang keras akan membuatkan tekak anda mula berasa gatal dan mula nak batuk. Bila ini terjadi ia akan bagi kesan dan meningkatkan risiko radang dibahagian tekak. Keropok antara makanan yang keras yang perlu dielakkan. Dah elok batuk baru makan ya.

3. MAKANAN BERGORENG
Makanan yang bergoreng harus dielakkan juga sebab ia mampu memberi ketidakselesaan pada tekak anda. Serdak dari makanan goreng tadi boleh membuat tekak anda gatal. Apa kata anda gantikan makanan goreng tadi kepada sup ataupun makanan berasaskan rebusan.

4. JAUHI MAKANAN YANG PEDAS
Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masam seperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.

Jika batuk anda semakin teruk, segera berjumpa dengan doktor. Jangan sesekali tangguh.

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Sunday 11 October 2020

PANDUAN URUTAN JIKA BABY KEMBUNG PERUT


Urutan bayi adalah lebih kepada stimulasi, bonding dan juga salah satu cara kita mempamerkan kasih sayang kerana elemen kuasa sentuhan. Kebaikan urutan bayi ini bukan sahaja kepada bayi, tetapi juga kepada kanak-kanak dan ibubapa.

Caranya, pastikan tangan bersih dan sapu dengan minyak untuk kurangkan geseran pada kulit bayi yang masih lembut. Nak dapatkan aura yang lagi best, guna je Minyak Herba Asmak 😊

"I"
Buatkan gerakan huruf 'I' ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.

"Love"
Buat bentuk 'L' terbalik dari arah kiri ke kanan.

"U"
Kemudian buatkan bentuk 'U' terbalik dari kiri ke kanan.

Ketika membuat gerakan ini, sebut 'I love you' dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.

Selamat mencuba 🥰

Tuesday 6 October 2020

VERTIGO DAN WANITA HAMIL

Keluhan pening kepala ketika hamil memang tidak boleh diabaikan. Apatah lagi jika ibu-ibu merasakan bahawa pening kepada itu disebabkan oleh vertigo.

.

Boleh hubungi KakCT www.wasap.my/60193907954
untuk maklumat lanjut dan boleh juga dapatkan pelbagai produk keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd 📷

Sunday 13 September 2020

Urutan Tangan Bayi

Cara urutan tangan bayi yang boleh mummy amalkan dengan menggunakan Essential Oil atau Minyak Herba Asmak by Asmak. ☺️

Friday 24 July 2020

PERGERAKAN BABY DALAM KANDUNGAN

Kalau baby dalam perut tak bergerak mesti mommies risau kan? Nak-nak bila kita dah kena kira gerak bayi, risau sangat bila tak sampai 10 kali gerakan.
.
.
Dekat sini ada beberapa tips untuk mommies cuba! Mommies juga boleh kongsikan cara lain juga tau





Tuesday 30 June 2020

Kebaikan halia

Antara kebaikan halia untuk kesihatan adalah dapat mengurangkan keradangan.
.
.

Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan.

Monday 16 March 2020

Cuci tangan dengan betul dapat mencegah dari sebarang jangkitan termasuk COVID-19.

Ikuti dan ajarkan anak-anak kita tentang langkah-langkah membasuh tangan dengan betul.

Sumber : KKM

Wednesday 5 February 2020

CARA MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN SELSEMA BAYI ANDA

Antara tips yang saya boleh saya kongsikan kepada ibu bapa diluar sana : 

✅ Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

✅ Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.

✅ Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak
0193907954

Wednesday 22 January 2020

TEKNIK URUTAN BAYI JIKA HIDUNGNYA TERSUMBAT






Bila anak kena selsema teruk, kesian tengokkan bila dia meragam tak selesa. Nak tidur pun tak lena.. kejap-kejap terjaga.

Moga cara ini dapat bantu bayi anda!😍😍

Aura minyak herba Asmak by Mhamsb ini memang lain macam..
Kpd anda yg nak mencuba.. silakan tekan link ini wa.me/60193907954😍😍

Kredit page : 9 Bulan 10 Hari