Monday 30 December 2019

8 POSISI PENYUSUAN BAYI YANG BETUL










Panduan untuk bakal ibu dan ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi.

Ada 8 posisi penyusuan bayi yang betul.

Moga ada manfaat buat semua


Saturday 28 December 2019

INI MUNGKIN PUNCA ANDA SERING BATUK DAN SELESEMA

Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itu adalah KULAT

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan. 

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka  masalah kronik seperti astma.

Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini di cegah? 

✅ Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan  terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
✅ Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah

Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur. 

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Kredit : Public Health Malaysia

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#SharingByKakCT

Friday 27 December 2019

HIDUNG BERBUNYI KETIKA TIDUR

 KENAPA?🤔
.
Siapa-siapa yang ada masalah pernafasan, mesti ada masalah hidung berbunyi semasa tidur, terutamanya kanak-kanak.
.
Dan kalau masalah ini dibiarkan saja, keadaan biasanya akan menjadi lebih teruk apabila kanak-kanak tersebut menginjak dewasa.
.
Kualiti tidur? Memang akan terganggu. Yang itu saya memang pasti, sebab dah banyak kali jumpa. Dalam waktu tidur tu mesti anda paling kurang 304 kali terbangun sebab tak dapat bernafas. Lepas tukar posisi baru ok balik.
.
Semakin sempit salur pernafasan, semakin susah udara nak sampai dan keluar dari hidung ke peparu. 
.
Mungkin perkara ini biasa pada orang dewasa, tapi bagi bayi, jangan main-main ya. Ada bayi yang meninggal ketika tidur kerana tak cukup nafas. Keadaan ini boleh dikatakan sama dengan bayi tersedak susu. Bahaya!
.
Kita sebagai ibubapa apa perlu buat? Kena cari jalan untuk membetulkan balik salur pernafasan tu supaya jadi normal.
.
.
#infobyMHAMSB 
#MinyakHerbaAsmakmantin
#sharingbyKakCT
#0193907954

Wednesday 25 December 2019

TIPS MAKAN IRON(Zat Besi)


Tips makan iron (zat besi) supplement secara berkesan. Ramai yang makan iron, tapi Hb (haemoglobin) tak naik. 🤔🤔
.
1. JANGAN ambil iron bersama KALSIUM atau makanan tinggi kalsium seperti SUSU ‼️
.
Pengambilan iron bersama dengan susu akan menyebabkan kadar penyerapan iron sangat rendah. Akhirnya, iron akan dibuang melalui najis kerana tidak diserap dengan sepenuhnya.
.
2. JANGAN ambil iron bersama CAFFEINE ‼️
.
Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium. Oleh itu, elakkan minum teh atau kopi dalam 30 - 45 minit selepas makan iron supplement.
.
3. ELAKKAN makan bersama ubatan yang MENGURANGKAN ASID PERUT ‼️
.
Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama.
.
4. Sebaiknya makan ketika PERUT KOSONG.
.
Waktu pengambilan yang terbaik adalah semasa perut kosong. Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Namun, ada sesetengah orang yang mengalami kekejangan perut, loya dan cirit-birit. Bagi mengelakkan ini berlaku, anda digalakkan untuk makan iron supplement dengan sedikit makanan.
.
5. Makan bersama VITAMIN C
.
Vitamin C membantu penyerapan iron. Boleh makan iron bersama jus oren segar atau makan bersama supplement vitamin C.
.
Sumber: Farmasi Gpharmax Durian Burung

Thursday 19 December 2019

TANDA ANAK ANDA KERACUNAN



Peringkat kanak-kanak ni mereka lebih gemar meneroka sesuatu benda itu dengan memasukkannya ke dalam mulut. 

Perkara sebegini amat merisaukan ibu bapa sebab kadang-kadang mereka tak perasan anak mereka berbuat sedemikian.

Berikut merupakan tanda-tanda sekiranyan anak anda mengalami keracunan akibat tertelan benda beracun:

💀 Mengantuk
💀 Muntah
💀 Cirit birit
💀 Sakit perut
💀 Demam 
💀 Sakit kepala
💀 Pernafasan tidak teratur
💀 Hilang selera makan
💀 Sukar menelan
💀 Air liur meleleh
💀 Ruam kulit
💀 Bibir dan kulit menjadi biru
💀 Sawan
💀 tidak sedarkan diri

Anda sebagai ibu bapa jangan sesekali letak dikawasan rendah bahan-bahan yang merbahaya kepada anak anda. 

Sentiasa pastikan rumah anda kemas dan bersih ya 😊

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmakMantin
#sharingbyKakCT
#0193907954