Wednesday 30 October 2019

Urutan yang Menenangkan bayi

Assalamualaikum.. Selamat pagi. Ada ibu tengah berpantang?. Boleh amalkan cara urut bayi ni. Semoga bermanfaat. Lagi best buat urutan dengan Essential oil dan lotion baby Asmak Baby Care. 😍😍

Sunday 27 October 2019

MITOS ATAU FAKTA


STRESS menyebabkan susu tak keluar?
====================================

Sebelum itu kenapa mak mak stress?

+ risau nak masuk kerja, babysitter boleh jaga anak dengan baik tak?

+ risau susu EBM cukup tak cukup

+ stress tengok pagi pagi nak keluar rumah jalan jammed

+ risau sempat ke nak punch card hari ni

+ balik kerja nak ambil anak, nak masak lagi cepat cepat

+ pening fikir nak masak apa hari ni lepas balik kerja?

+ lain lain... Nyatakan sendiri

Betulkan mak mak banyak fikir? Bila banyak fikir last last stress, sakit tulang belikat dan kepala berdenyut denyut kan.

.

Balik ke soalan asal. Sebelum jawap soalan kita berkenalan duku dengan dua makhluk utama yang peranannya sangat penting dalam penyusuan susu ibu.

Makhluk pertama nama dia PROLAKTIN.

Prolaktin ini sejenis hormon tau! Dia bukan jin. 😈 Dia duduk dalam badan kita untuk merembeskan susu. Susah la guna bahasa medikal, kita guna bahasa layman jer ye.πŸ˜…

Prolaktin ni kerja dia bagi arahan pada kilang susu untuk keluarkan susu. Prolaktin dapat isyarat dari puting susu. Bila baby hisap jer mentol prolaktin bernyala dan susu akan dihasilkan. 

Makhluk kedua pula nama dia OKSITOSIN. 

Dia ni pun sejenis hormon. Dia pun duduk dalam badan kita. Dia bukan sejenis saka.😈

Kerja Oksitosin ni pula keluarkan susu. Bila susu keluar, baru baby dapat menyusu.
.

Jadi ada dua peringkat di sini iaitu HASILKAN dan KELUARKAN. 

Prolaktin ==> bahagian pembuatan

Oksitosin ==> bahagian pengedaran

.

Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang konsep asal penyusuan adalah SUPPLY & DEMAND.

Kerana, prolaktin dirangsang mengikut keperluan dan kehendak bayi. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak prolaktin dirembes maka lebih banyak susu dihasilkan. Apabila bayi kurang menyusu, penghasilan susu pun merosot.

Tindakan prolaktin menyebabkan buah dada diisi semula dalam tempoh 2 3 jam. Untuk mengekalkan pattern ini, pastikan susu dikeluarkan. Susu yang penuh pada buah dada akan menekan sel sel kilang susu yang menyebabkan kilang berhenti production

Itu sebab, ibu yang berkerja perlu mengepam susu keluar. Kita mahu kekalkan pattern demand sentiasa ada walaupun baby tidak bersama kita.

.

Refleks oksitosin pula agak kompleks berbanding prolaktin kerana melibatkan psikologi.

Apabila ibu fikirkan tentang bayinya barulah oksitoxin muncul.

Apabila ibu terdengar tangisan bayinya barulah oksitoxin muncul. 

Apabila ibu berkeyakinan tinggi barulah oksitoxin muncul.

Oleh kerana ibu berada dalam keadaan positif, barulah susu keluar. Hah! Tricky betul fasa keluarkan susu ni. Dia tak nak keluar tanpa rangsangan yang betul padahal susu ada. 

.

Jadi, memang benarlah yang stress memang merencatkan pengeluaran susu. 

Dah lah stok susu EBM tak cukup, dah risau dah, lagi risau lagi tak mahu keluar susu. Berapa ramai ibu macam ni?

Mulalah risau ambil macam macam. Ambil tu tak jalan, ambil ni tak jalan, semua tak kena. Last last give up. Ramai kan macam ni kan... So, nak ambil apa apa pastikan faham konsep asas ini. Memang ada supplement yang membantu. Pastikan jurujual/pharmacist/pengamal perubatan faham konsep asas bf baru mereka boleh advise. Sebab itu kena tahu juga history ibu supaya kita tangani mana yang priority.

Akhirnya sekali claim aku memang tak cukup susu. Hah! Tak baik cakap tu.. Sabotaj diri namanya. 

Sebenarnya ilmu ini yang kita mungkin belum tahu. 
.

So nak buat macamana?

Tangani stress dahulu.

Pertama, tarik nafas. Tarik nafas. Lepas. Tarik lagi...lepas. (ini proses kita nak masukkan oksigen lebih banyak dalam badan supaya kita boleh lebih rasional)

Kedua, istigfar istigfar istigfar. (ini proses kita maafkan diri kita dan mula connect kepada tuhan yang Maha Agung)

Ketiga, Tenang. Tenang. Tenang. Bila tenang, idea akan datang. Solusi dah mula nak bagi jalan.

Keempat, cari ilmu dan praktis. 

Kelima, cari orang yang kita boleh rujuk. Yang boleh bagi kata positif. 

Keenam, mesti boleh settle masalah ini bila Allah dah buka jalan dan kita yakin sangat yang tubuh badan kita memang magic akan bekerja untuk impian kita. 
.

Selamat breastfeeding semua. Saya doakan anda berjaya. Hanya ibu bf yang memahami keperluan ibu bf yang lain.

Kredit Pn. Rafiza Idayu

Wednesday 23 October 2019

SET SEMPUT/ASMA/LELAH

MINUM DAN SAPU TERUS LEGA

⏩JUS ASMAK GOLD *(Makan)* 
✔Sebagai pelengkap kepada Minyak Herba Asmak
✔Sesuai sekali untuk yang menghidap asma/lelah yang agak teruk
✔Juga melegakan batuk, kahak, selsema, menguatkan ketahanan badan dan meningkatkan kesihatan supaya lebih cergas dan aktif.
3tahun dan keatas

⏩MINYAK HERBA ASMAK *(Sapu luaran)*
✔ Sesuai untuk batuk, kahak & selesma. 
✔ Boleh juga digunakan juga untuk masalah digigit serangga, luka, tergeliat, terkena api, bengkak, lenguh, sakit gigi, kembung & sakit perut. 
✔ Terdapat minyak habbatussauda', minyak zaitun, minyak kelapa, pati gamat, herba & akar kayu terpilih.

KakCTAsmak 0193907954


Tuesday 22 October 2019

ANAK BATUK SELSEMA?



Tapi tak suka yang jenis minyak. Susah nak apply. Asmak kan ade minyak je..

Heyy. 
Sape kata tu? 
Asmak dah ade #balm #baby tau. 

Bau lemon & pappermint yang menyapa ke dalam hidung, buat rase tenang mengasyikkan kau tahu. 

Sangat sesuai untuk newborn hingga kanak-kanak 2 tahun. Tapi ada jugak orang dewasa guna untuk hilangkan mual & loya tau. 

Saya yakin dan percaya, produk Asmak semuanya bagus. In sha Allah.

RUGI TAK CUBA tau..

Monday 21 October 2019

TIP MENGURANGKAN PANAS BADAN ANAK YANG DEMAM




.
Bila bercakap pasal demam, antara tips yang selalu kita dengar adalah “jangan mandikan anak dengan air sejuk”. Itu antara yang biasa didengar.
.
Tapi, apakah tips lain yang boleh digunakan? Maksud saya, tips yang berkesan lah kan, takkan yang tak berkesan pula ye tak.
.
Okay. Akak-akak boleh cuba tips ni. Biasa saya buat macam ni juga, Alhamdulillah perubahan tu agak ketara juga. Panas anak memang menurun.
.
Ambil sebiji buah lemon dan hiris nipis-nipis. Isi besen mandian anak dengan air hangat untuk mandi. Perahkan hirisan lemon tadi dah masukkan sekali hirisan tu ke dalam air mandian tersebut. Semasa mandikan anak, biar anak berendam sehingga kulit mereka ada tanda-tanda kecut. Selagi belum nampak kecut, jangan angkat.
.
InsyaAllah, akak-akak akan nampak perubahannya nanti ;)
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak
#SharingbyKakCT

Sunday 20 October 2019

ADUHHHH KESIANNYA NGERI TENGOK

Asyik cerita pasal Batuk, Selesema, Kahak, Asma je kali ni nak cerita pasal #Luka pulak. Kepala anak luka terkena bucu meja.
.
.
Saje nak sharing anak tadi, kene bucu papan mari, habis darah tubik laju.

Cepat2 ambik Minyak Asmak untuk stopkan bleeding tu, Alhamdulillah, sapu2 Minyak Asmak, terus stop darah. Pahtu la baru boleh settle g klinik.

Kredit : Puan Fatanah Md Nor
.
.
Yes!! Kalau Mummy2 ada dalam situsai Puan Fatanah mesti gelabah jugak kan?? Gila tak gelabah kita sendiri pun gelabah wei nak2 pulak darah banyak macam tu mau pengsan kalau jenis tak boleh tengok darah.
.
Mujur Puan Fatanah teringat Minyak Herba Asmak cepat2 sapu. Menurut Puan Fatanah, dia main sapu je kat tempat berdarah tu sebab darah banyak dan rambut dah halang kawasan luka. Alhamdulillah sapu2 je darah terus stop. Lepas tu baru bawak pergi klinik untuk rawatan selanjutnya.
.
Nampak tak kelebihan Minyak Herba Asmak?? Sebab tu kata WAJIB ada sebotol Minyak Herba Asmak kat rumah. Boleh jadi penyelamat masa kecemasan. Tak rugi beli tau πŸ˜‰.

#MinyakHerbaAsmak
#SetiapSapuanAmatBermakna

Thursday 17 October 2019

BOLEHKAH BAYI MINUM AIR MINERAL?


Ketika cuaca panas, ramai ibu yang mengeluh dan mengalami dehidrasi yang jelas seperti mudah haus dan kurang membuang air kecil. Mereka digalakkan untuk minum mineral dengan kuantiti yang lebih banyak terutama bagi ibu yang menyusukan anak mereka. Tetapi adakah bayi juga perlu diberikan air mineral juga?

.
Secara amnya bayi yang berumur kurang 6 bulan tidak boleh diberikan air mineral atau air kosong. Bayi tidak memerlukan air dan mineral kerana mereka memperolehi sejumlah kuantiti air yang cukup melalui air susu yang diminum, sama ada dari susu ibu atau susu formula.

Memberikan air pada mereka akan mengganggu kebolehan tubuh untuk menyerap nutrien dari susu ibu atau susu formula dengan cara yang lebih berkesan. Memberikan air juga menyebabkan perut bayi akan menjadi penuh dan kembung. Mereka mungkin tidak selesa dan mudah menangis. Bayi juga akan hilang rasa lapar untuk meminum susu. Walau bagaimanapun ibu bapa boleh memberikan sedikit air dengan menggunakan sudu jika difikirkan perlu dan ini sudah pasti tidak menjejaskan kesihatan bayi.

Dalam dalam kes yang terpencil, jarang berlaku tetapi serius, apabila bayi diberikan terlalu banyak air, bayi akan mengalami mengalami sawan dan koma akibat “keracunan air” (water intoxication). Ini berlaku apabila air yang diberikan kepada bayi dengan kuantiti yang banyak telah menyebabkan kecairan pada kepekatan mineral sodium dalam tubuh, menyebabkan ketidakseimbangan mineral dan akhirnya tisu tubuh akan mengembang. Pengembangan tisu otak secara tiba-tiba akan menyebabkan bayi mengalami koma.

Dalam kes yang disebutkan di atas, apabila ibu bapa menambahkan air dalam bancuhan susu dalam kuantiti yang banyak dari sepatutnya, ia juga boleh menyebabkan “keracunan air”. Selain itu susu yang cair dan diminum menyebabkan bayi akan menerima nutrisi yang amat berkurangan dari sepatutnya. Oleh itu para ibu yang menyusukan anaknya dengan susu formula haruslah membaca arahan bancuhan susu dan elakkan dari menambah air yang lebih dari kadar yang sepatutnya.

Walau bagaimana pun jika bayi mengalami cirit-birit, doktor mungkin menasihati ibu untuk memberikan bancuhan garam ke dalam air untuk diberikan kepada bayi untuk mengelakkan dehidrasi. Ini dibenarkan.

Apabila bayi telah mencapai umur enam bulan, tidak menjadi mudarat memberikan sedikit air menggunakan sudu kepada bayi. Berikan sekadar yang perlu. Memberikan air secara berlebihan akan menyebabkan bayi akan mengalami kembung perut dan tidak berselera untuk makan.

Setelah berusia setahun, kanak-kanak telah makan makanan yang pejal dan minum susu pada kadar yang sepatutnya, bolehlah memberikan air mineral kepada kanak-kanak itu.

#HealthDrZubaidi

Tuesday 15 October 2019

KLASIFIKASI ASMA


APA ITU KEMATIAN KOT (DIDS)


Kematian kot juga dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome - SIDS). Ia bukannya satu penyakit. Sebaliknya, ia adalah satu diagnosis yang diberi apabila seorang bayi yang sihat meninggal dunia tanpa sebab tertentu.

SIDS ialah kematian yang tidak diketahui punca, seorang bayi yang kelihatan sihat, biasanya ketika tidur. Ia lazimnya terjadi pada umur antara 1 dan 4 bulan dan kebanyakan (90%) kematian SIDS berlaku sebelum bayi mencapai umur 6 bulan. Adakalanya, SIDS dikenali sebagai kematian kot kerana sering kali bayi meninggal di dalam kot atau katil mereka. Walaupun jarang berlaku di negara Asia berbanding negara Barat, adalah lebih baik untuk berhati-hati.

Kematian kot mungkin didaftarkan sebagai SIDS (sindrom kematian bayi mengejut), kematian bayi yang tidak diduga tiba-tiba (sudden unexpected death in infancy - SUDI), tidak dapat dipastikan atau ringkasnya kematian kot.

Apabila para doktor dan penyiasat tidak dapat mencari sebarang sebab bagi kematian tersebut selepas penyiasatan terperinci dijalankan termasuk pemeriksaan pos mortem, pemeriksaan pada tempat di mana bayi meninggal dan semakan terhadap nota perubatan bayi, kematian kot biasanya dinyatakan sebagai penyebab

Selalu peka dengan anak anda ya !

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Sumber : babycenter.com

JENIS-JENIS EKZEMA

CONTACT DERMATITIS
.
Sebelum ni  dah bincang pasal ekzema jenis Atopic Dermatitis. Hari ni bincang pasal jenis yang kedua, Contact Dermatitis.
.
Contact maksudnya “sentuh”, dan sesuai dengan namanya, ekzema jenis ni berlaku bila kulit bersentuhan dengan bahan yang menyebabkan radang.
.
Yang teruknya, walaupun bahan tersebut nampak tak bahaya, tapi bila tersentuh dengan kulit, boleh menyebabkan kulit seperti terbakar, gatal dan menjadi merah.
.
Pernah nampak orang yang gatal-gatal pada pergelangan tangan setelah memakai jam tangan? Ataupun jari gatal-gatal bila memakai cincin? Hah, itu pun salah satu contoh juga.
.
Bahagian badan yang paling biasa terkena adalah kawasan lengan. Ada orang yang pakai inai di tangan seperti orang india, pun boleh terkena juga.
.
Apa contoh bahan yang boleh menyebabkan ekzema jenis ni?
.
☠ Bahan pelarut
☠ Detergent
☠ Asap rokok
☠ Cat
☠ Peluntur
☠ Bahan kosmetik yang mengandungi alcohol walaupun sedikit
☠ Sesetengan jenis sabun dan pewangi
.
Simptom dia bagaimana pula?
.
❌ Kulit kemerahan dan rashes
❌ Rasa terbakar dan membengkak
❌ Melecet yang akan menjadi keruping
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak #SharingbyKakCT

Monday 14 October 2019

OH BABY!!

BABY anda mempunyai masalah batuk, selsema, kahak, kembung perut, demam dan sembelit?😫

Jom ikhtiar sapu Minyak Herba Asmak. Buat apa nak beli dua tiga jenis cream atau ubat kalau dengan hanya sebotol pun dah boleh selesaikan semua masalahπŸ˜‰

Berbaloi ke berbaloi sangat?😍



ANAK SAYA TAK BOLEH TIDUR MALAM

ANAK SAYA TAK BOLEH TIDUR MALAM 
.
Ramai ibu bapa yang menghadapi masalah ini. Bukan seorang dua, tapi dah ramai jugalah. Nak kata tak buat ikhtiar, dah macam-macam buat. Tapi si kecil tetap menangis, especially waktu malam. Menurut pakar kanak-kanak, ada bayi yang dilahirkan dengan corak tidur yang ‘terbalik'. Bak burung hantu, mereka lebih aktif pada waktu malam. 
.
Banyak perkara yang boleh buat si comel anda susah nak tidur waktu malam. Antaranya ialah :

1. TAK SELESA
Kadang pakaian yang dipakai oleh si comel anda boleh jadi untuk susah nak tidur. Suhu dalam bilik juga mainkan peranan. Kalau panas sudah tentu si comel anda susah nak tido

2. GANGGUAN GADGET
Pada peringkat ini si comel mudah tertarik dengan benda yang menarik perhatian dia macam handphone ke televisyen ke. Benda-benda ini akan menstimulasikan otak dan menyebabkan bayi sukar untuk tidur. Pencahayaan sebelum tidur juga boleh mengurangkan kualiti tidur.

3. BARU SEMBUH DARI SAKIT
Bila si comel anda sakit ianya akan menganggu rutin tidurnya maka tak hairanlah bila si comel anda pulih dari sakit dia tidak boleh tidur malam sebab rutin dia terganggu. Ibu bapa harus bijak susun semua rutin tidur sicomel anda.

4. TRAVELLING
Jika selama ini rutin hariannya hanya di rumah dan sekali-sekala keluar, pasti tiada masalah untuknya tidur. Tetapi bila kita ajaknya ke perjalanan jauh anak juga turut kepenatan dan rasa rimas. Anak lebih mudah merengek dan tidak mahu tidur. Keselesaannya di rumah sudah digantikan dengan perjalanan jauh yang memenatkan. 

5. SEDANG BELAJAR PERKARA BARU
Tanpa kita sedari, si kecil makin membesar. Sekarang sudah cuba untuk menyiarap. Kadang-kadang, si anak mahu berlatih meniarap pada waktu tidurnya. Ambil langkah untuk melatihnya menyiarap dengan selesa pada siang hari.

6. BAYI TIDAK DILATIH TIDUR SENDIRI
Pada awal tidurnya, dodoi sehingga tertidur. Kemudian hentikan gerakan bila dia sudah terlelap. Jika terbangun, dodoi sedikit kemudian berhenti lagi. Kurangkan gerakan sedikit demi sedikit. Jika bayi sudah boleh terima tidur tanpa gerakan barulah kita boleh ajarnya tidur sendiri. Kemudian jika bayi terbangun ketika tidur sendiri, cukuplah sekadar tepuk-tepuk sedikit tanpa perlu mengangkatnya.

Semoga bermanfaat ya 

Nak lagi mudah jom sapu Esssential Oil by Asmak insyaallah senang anak tidur. 

KakCT Asmak 0193907954

Sunday 13 October 2019

JENIS-JENIS EKZEMA 3 dyshidrotic Eczema



.
Apa ekzema yang paling biasa terkena pada wanita? Dsyhidrotic Eczema lah jawapannya.
.
Ekzema jenis ini biasa terkena pada celah jari tangan dan kaki, serta tapak tangan dan kaki. Alah, yang ada keluar gelembung air kecil-kecil tu. Bila digaru rasa makin panas dan sedap. Itulah dia. 
.
Ya, memang orang perempuan lebih biasa terkena dengan ekzema jenis ini. Semua peringkat umur pun terlibat. 
.
Apa contoh rangsangan yang boleh membuatkan ekzema ini muncul?
.
❌ Stress
❌ Allergi
❌ Kawasan tangan dan kaki yang sentiasa lembap
❌ Logam seperti barang kemas
❌ Simen
❌ Barangan berasaskan kulit
.
*Simptom-simptom ekzema jenis ini:*
.
➡ Gelembung air yang kecil di celah jari
➡ Gatal dan panas
➡ Kemerahan
➡ Kulit bersisik/berkeruping
➡ Sakit pada bahagian yang teribat
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak #

Saturday 12 October 2019

MERAWAT RUAM LAMPIN

3 Ramuan Penting Yang Wajib Ada Pada Krim Untuk Merawat Ruam Lampin
.
Sebelum ini, bagaimanakah anda memilih krim yang paling berkesan untuk merawat ruam lampin pada bayi? Apakah bahan yang anda perhatikan di label bungkusan krim tersebut?
.
Di sini disenaraikan 3 bahan yang wajib ada pada krim tersebut agar ruam lampin pada bayi dapat sembuh dengan cepat, selain tidak meninggalkan kesan pedih pada bayi.
.
Zinc Oxide – bahan ini sangat penting untuk menghentikan ruam serta mengelakkan jangkitan pada ruam tersebut.
Dimethicone – Dimethicone berfungsi untuk merawat gatal dan ketidakselesaan pada ruam tersebut.
Aloe vera – Pelembap yang terbaik dan semulajadi adalah aloe vera. 
.
Gabungan ketiga-tiga bahan ini akan menghasilkan lapisan pelindung di antara lampin yang basah dan kulit bayi, agar kulit bayi mempunyai masa yang cukup untuk pulih sepenuhnya.
.

Ingin cuba sesuatu yang lebih natural?Boleh cuba produk dari tanah liat putih. Nak tau lebih lanjut wasap KakCT 0193907954

#infobyMHAMSB #BedakAsmak
#SharingbyKakCT

Friday 11 October 2019

GBS ni apa?



Bukan Geng Bas Sekolah ye

Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan najis sebelum dikeluarkan ) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%)

Bacteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan kelamin dan kebanyakkan wanita yang ada GBS ini tidak menujukkan apa-apa symptom.

Menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bacteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan. Kadang-kadang GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan, dan amat jarang ketika kehamilan dan  sekiranya proses proses bersalin belum bermula.

 Bagaimana nak kesan GBS?

GBS boleh dikenalpasti ketika hamil bila sample dari faraj / sampel dari rectum atau ujian air kencing.

Kita TIDAK suruh  semua ibu hamil untuk menjalani ujian saringan untuk GBS pada ketika ini kerana :

πŸŒ€Kebanyakan wanita yang ada GBS, melahirkan bayi yang sihat dan tidak ada jangkitan GBS

πŸŒ€Saringan GBS pada lewat kehamilan, tidak boleh secara tepat meramalkan bayi mana yang akan terkena jangkitan GBS

πŸŒ€Tiada ujian sariangan yang benar-benar tepat. Jika ujian saringan menujukkan tiada GBS – tidak bermakna 100 % ada bukan pembawa GBS

πŸŒ€Kebanyakkan bayi terkena jangkitan GBS yang serius adalah bayi yang tak cukup bulan, sebelum sempat kehamilan disaring untuk GBS pada 35 hingga 37 minggu

πŸŒ€Pemberian antibiotik kepada semua pembawa GBS bermaksud sebilangan besar wanita akan menerima antibiotik yang mereka tidak perlukan sebenarnya.

Ape kesan GBS kepada bayi?

Kebanyakan bayi yang kena GBS semasa lahir dan mereka selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal.

1 dalam 1750 kelahiran bayi di diagnos dengan jangkitan awal GBS ( early-onset GBS infection ). Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk ( sepsis ) , jangkitan pada peparu ( pneumonia ) dan jangkitan pada lapisan otak ( meningitis )

 Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi, dengan rawatan segera dan optimum, banyak bayi akan sembuh sepenuhnya. Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 ( 5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang.

 
Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya :

✔️Bayi pramatang  - lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya

✔️Sebelum ni pernah ada bayi yang pernah terkena jangkitan GBS

✔️Ibu ada demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin

✔️Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sample faraj

✔️Air mentuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan

Bagaimana mengurangkan risiko jangkitan GBS kepada bayi?

πŸ”΄Jika sample air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotic. Jangan berlengah ! Rawatan antibiotic juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah.

πŸ”΄Kalau sample dari faraj yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotic ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah.

πŸ”΄Jika ada bayi yang terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas-lepas,  kena berikan antibiotik ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah

 πŸ”΄Walaupun seseorang wanita tu takda GBS, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman ketika nak bersalin, ibu akan diberikan antibiotic juga melalui salur darah yang merawat banyak bacteria termasuk kuman GBS.

πŸ”΄Jika proses bersalin sudah bermula selepas 37 minggu ( kelahiran pramatang ) doctor akan menasihatkan ibu menerima antibiotic dalam salur darah walaupun takda GBS.

 
❗️Ibu yang ada GBS, kita tidak beri antibiotic SEBELUM proses bersalin bermula kerana tindakan ini TIDAK mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS. Tak perlu antibiotic selagi proses kelahiran belum bermula. Hanya terima rawatan antibiotic ketika hendak melahirkan – dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas dilahirkan 1 dalam 400 hingga 1 dalam 4000 kelahiran.

❗️Kalau anda sudah ada tarikh untuk kelahiran secara caesarean dan ada GBS, anda TIDAK PERLU antibiotic untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi, melainkan air mentuban telah pecah. Biarpun begitu, bila kita nak buat pembedahan caesarean, SEMUA ibu akan diberikan antibiotic sebelum pembedahan bermula untuk mengurangkan risiko untuk pelbagai jenis jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan

 
‼️Beritahu doctor mengenai ubat yang anda allergic kepada. Kemungkinan besar ubat yang ada allergik tu adalah antibiotik yang perlu diberikan untuk GBS.

 
πŸ‘ΆπŸ»Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang ada GBS akan dipantau oleh doktor paediatrik, untuk mengenalpasti bayi akan ada jangkitan kuman GBS. Rawatan antibiotik akan dimulakan jika difikirkan perlu oleh doktor paediatrik .

 
Bayi yang terkena jangitan kuman GBS akan menunjukkan

πŸ‘ΆπŸ»Nafas berbunyi, susah untuk bernafas

πŸ‘ΆπŸ»Selalu mengantuk dan tiada respon

πŸ‘ΆπŸ»Otot-otonya lembik

πŸ‘ΆπŸ»Tidak minum susu dengan baik, atau kurang susu

πŸ‘ΆπŸ»Demam atau mempunyai suhu rendah

πŸ‘ΆπŸ»Perubahan pada warna kulit ( blotchy skin )

πŸ‘ΆπŸ»Nadi bayi menjadi laju  atau terlampau perlahan

πŸ‘ΆπŸ»Tekanan darah menjadi rendah – boleh dikenalpasti di hospital

πŸ‘ΆπŸ»Paras gula darah bayi rendah – bole dikenalpasti di hospital

 
πŸ‘€Jika ada tanda-tanda ini, hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor. Jika lewat boleh menyebabkan kesan yang serious sehinggan boleh membawa maut.

Jangan melompat-melompat kebimbangan kalau doktor cakap anda ada GBS, biarkan doktor explain terlebih dahulu. Ada rawatan untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi. 

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & kehamilan

Wednesday 9 October 2019

HB TAK NAIK-NAIK? 😒


Tips makan iron (zat besi) supplement secara berkesan. Ramai yang makan iron, tapi Hb (haemoglobin) tak naik. πŸ€”πŸ€”
.
1. JANGAN ambil iron bersama KALSIUM atau makanan tinggi kalsium seperti SUSU ‼️
.
Pengambilan iron bersama dengan susu akan menyebabkan kadar penyerapan iron sangat rendah. Akhirnya, iron akan dibuang melalui najis kerana tidak diserap dengan sepenuhnya.
.
2. JANGAN ambil iron bersama CAFFEINE ‼️
.
Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium. Oleh itu, elakkan minum teh atau kopi dalam 30 - 45 minit selepas makan iron supplement.
.
3. ELAKKAN makan bersama ubatan yang MENGURANGKAN ASID PERUT ‼️
.
Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama.
.
4. Sebaiknya makan ketika PERUT KOSONG.
.
Waktu pengambilan yang terbaik adalah semasa perut kosong. Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Namun, ada sesetengah orang yang mengalami kekejangan perut, loya dan cirit-birit. Bagi mengelakkan ini berlaku, anda digalakkan untuk makan iron supplement dengan sedikit makanan.
.
5. Makan bersama VITAMIN C
.
Vitamin C membantu penyerapan iron. Boleh makan iron bersama jus oren segar atau makan bersama supplement vitamin C.
.
Sumber: Farmasi Gpharmax Durian Burung

Tuesday 8 October 2019

TIPS PETUA HILANGKAN BATUK




Sememangnya batuk merupakan sakit yang tidak akan berhenti selagi puncanya tidak dirawati.
Namun, dengan CARA ini, anda boleh hilangkan batuk anda.
.
Ikuti petua hilangkan batuk di bawah ini.

Nak lagi Power sapu jer Minyak Herba Asmak dan boleh amalkan Minum Jus Asmak Gold dan Madu Hali bentung. 

Tak Nak tau cari kat mana? 

Boleh hubungi KakCT yer 0193907954. KakCT

6 MAKANAN TAMBAH SUSU IBU


✅ 1.Madu

Madu antara salah satu makanan yang baik untuk tambah susu badan di samping itu juga terdapat banyak khasiat madu antaranya ialah memberikan tenaga, sebagai sumber vitamin dan mineral, membantu mengurangkan simptom alergik.

✅ 2.Kekacang

Pengambilan kekacang seperti badam atau almond yang mengandungi vitamin B baik untuk tambah susu badan. Selain itu juga khasiat kacang sangat baik untuk ibu dan bayi antaranya ialah sebagai serat untuk pencernaan , Vitamin E untuk rambut dan kulit, Kalsium untuk mencegah hipertensi.

✅ 3.Kurma

Kurma adalah makanan terbik sebagai makanan untuk tambah susu badan di mana kurma mengandungi nutrien tryptophan iaitu sejenis asid amino yang penting untuk badan menghasilkan protein. Didalam kandungan kurma juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Zat kalsium yang tinggi sangat baik untuk tambah susu badan anda. 100g kurma mampu meberikan 6.5% kalsium yang disarankan untuk setiap hari.

Kurma juga mengandungi fosforus, sodium, magnesium, zink, vitamin A dan banyak lagi. Selain dari baik untuk tambah susu badan kurma juga baik untuk membantu masalah sembelit, alergik, cirit birit, penambah tenaga dan masalah kekurangan darah (Anemia).

✅ 4.Jambu Batu

Buah jambu batu mengandungi banyak khasiat dan vitamin yang baik untuk tambah susu badan antaranye ialah jambu batu mengandungi vitamin C, magnesium dan fosfor. Antara khasiat lain buah jambu batu ialah membantu menjaga tekanan darah, masalah sembelit, mengawal gula dalam darah , mampu mengurangkan risiko kanser.

✅ 5.Coklat

Coklat adalah satu makanan yang mampu memberikan tenaga dan menstabilkan hormon dan mampu mengurangkan stress. Hormon yang seimbang mampu tambah susu badan secara semulajadi. Pengambilan coklat sangat-sangat membantu tapi jangan ambil secara berlebihan ye.

✅ 6.Makanan Yang Mengandungi Yis

Makanan yang mengandungi yis seperti roti, donut dan lain-lain membantu ibu-ibu untuk tambah susu badan. Kandungan yis mempunyai paras protein, vitamin B, asid amino dan mineral yang sangat baik yang menyokong bekalan susu yang sihat untuk ibu menyusu.

Monday 7 October 2019

IKHTIAR SEORANG WANITA

Ikhtiar seorang wanita hamil, yang pernah keguguran anak pertama disebabkan batuk yang agak teruk. Diberikan rezeki, hamil kali kedua dan mengalami masalah yang sama jua. Segera mencari penyelesaian permasalahan supaya perkara yang lama tidak berulang kali ke dua. Menjadikan Minyak Herba Asmak sebagai ikhtiar. Akhirnya, memberikan kesan yang menggembirakan.
.
"Alhamdulillah kak, dah banyak berkurangan. Makanan berminyak pun kena berjaga juga. Tak boleh nak bedal sangat. Hihi"
.
"Sebelum jumpa Minyak Herba Asmak ni, kalau batuk-batuk mesti kena pakai pad. Sebab sedia batuk je mesti terkencing. Nak solat pon susah. Sampai jadi penat.
Ubat klinik dan hospital memang banyak dah dok makan. Sekali habis RM50 dua jenis ubat. 
Tetap tak menjadi. Kadang, nak makan ubat sangat takut juga, selalu sangat sebarangan makan. Dah la pregnant. Takut gugur lagi. Huhu."
.
"Sekarang, lepas amalkan sapu Minyak Herba Asmak memang saya dah tak makan ubat .
Batuk dah makin kurang. Dah tak menekan perut. Solat pun dah senang. Alhamdulillah. Memang saya takkan bagi putus stok minyak ni. Harap-harap, kandungan saya  selamat sampai saya melahirkannya. Doakan ye akak.

Lina - Pulau Pinang

Aamiin Ya Rabbal Allamin.

Dengan izin Allah, beliau selamat melahirkan bayi pertama dengan selamat.
Berbunga hati setiap kali dapat membantu asbab #MinyakHerbaAsmak. Apa jua masalah pun, kita bukan sekadar berniaga. Niat baik kita membantu insan yang memerlukan di luar sana. Yang penting, lakukannya dari hati ❤
Terima kasih Asmak ❤

Jangan biar batuk melarat lama jom wasap KakCt kita ikhtiar sama2

0193907954

Saturday 5 October 2019

FEEDBACK DARI PELANGGAN KAMI!


πŸ‘‰Tiada Lagi Selsema, Antibiotic & Klinik
πŸ‘‰Dah Jarang Batuk, Kahak Berkurangan
πŸ‘‰Muntah Kahak
πŸ‘‰Anak Selsema, Batuk Muntah Kahak, Sakit Gigi Berkurangan.

WAJIB CUBA! dan rasai sendiri kelebihannya. 

Sekarang Musim jerebu memang wajib la ada. Sapu2 dapat melegakan cepat kalau batuk, selsema tu. Insyaallah. 

JIMAT! satu family boleh guna dari Baby hingga dewasa. 

Berminat roger2 KakCT k 0193907954

KENALI JENIS KAHAK DAN HINGUS



Hingus +kahak jernih = Dijangkiti virus
Hingus hijau = Dijangkiti bakteria
Hingus kuning = Dijangkiti bakteria @ virus. 

Mengenal batuk kahak:

 -Kahak jernih +badan sejuk = Dirawat dengan madu, buah delima & perlu makan makanan bersifat panas.

-Kahak pekat berwarna kuning atau hijau + Badan panas = dirawat  dengan barli @ air asam Jawa & perlu makan makanan bersifat sejuk

Anda juga boleh menggunakan Minyak Herba Asmak untuk mengurangkan dan melegakan simptom dan gejala yang dihadapi.

.
Nak KakCT bantu hilangkan batuk mai wasap tepi 0193907954

Friday 4 October 2019



DAH TAK BOTAK LAGI

Kak Ayu ingat lagi tarikh 19 April 2019 adalah tarikh pertama Kak Ayu menerima whatapps Encik Amir yang nak tahu tentang produk penjagaan rambut.

Seperti biasa soalan demi persoalan dijawab sehingga akhirnya Encik Amir bersetuju mencuba set yang mengandungi Shampoo Bunga Raya Plus, Hair Moisturizer With Serum dan Sevenis Hair Oil. 
 
Beliau mula menggunakan set lengkap ini bermua 23 April 2019.
Selang seminggu kemudian, Kak Ayu follow up untuk perkembangan. Biasalah baru seminggu, belum ada perkembangan positif namun beliau mengatakan beliau suka dengan produk ini.

Sebulan kemudian, beliau wasap Kak Ayu untuk beli botol besar Shampoo Bunga Raya dan Sevenis Oil. Tanggal 1 Jun 2019, beliau maklumkan kepala mula gatal. Rambut yang bermasalah dan tak lurua gugur. Cuak jugak Kak Ayu masa ni. Tapi kami berdua positif yang itu respon tanda anak rambut baru mula tumbuh.

Dan tarikh 26 Jun 2019, hati Kak Ayu sangat riang. Encik Amir tunjukkan gambar bahagian kepalanya yang botal dah tak botak lagi. Kelihatan anak-anak rambut dah memenuhi kawasan itu. Syukur kepada Allah. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan produk tempatan iaitu Asmak yang sangat berkualiti.

Terima kasih Encik Amir atas kepercayaan dengan produk kami.

Ada suatu perasaan yang tak tergambar buat kami para pengedar apabila pelanggan berpuas hati dengan produk yang dijual.

Asmak, menjadikan kehidupan lebih baik ❤️

Terima kasih Allah!

Kredit story : Rabiahtun Basariah

#BasedOnTrueStory  

PETUA RAWAT BATUK DENGAN ASMAK


Ibu mengandung biasanya tidak digalakkan ambil ubat ubatan kan, bimbang ada kesan pada kandungan. Jadi boleh ikhtiar cara ini. InsyaAllah berkesan.

Thursday 3 October 2019

ADAKAH RESDUNG BOLEH BERJANGKIT?


Bergantung kepada keadaan, resdung boleh berjangkit dan juga tidak berjangkit. Jika resdung tesebut disebabkan oleh virus resdung, maka terdapat risiko orang lain terkena jangkitan tersebut melalui udara, batuk dan sebagainya.
.
Akan tetapi, jika resdung tersebut disebabkan bakteria, maka resdung tersebut biasanya tidak boleh berjangkit kepada orang lain, dan hanya berada pada orang asal sahaja.
.
Ada juga resdung yang disebabkan genetik, dan tak semua orang di dalam keluarga tersebut akan mempunyai resdung.
.
Apakah cara lain resdung boleh dipindahkan dari seorang kepada seorang yang lain?
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
#SharingbyKakCT

Kalau korang ada resdung nak tau cara rawatan Alternatif TERBAIK boleh hubungi KakCT yer kita cerita detail lagi 0193907954

SEBOTOL YANG MEMUASKAN HATI SEISI RUMAH



Sedang sibuk bersiap nak ajar anak mengaji AlQuran, tiba-tiba mesej masuk. Aishah tanya minyak herba asmak ni elok tak untuk anaknya yang selsema.

Apa lagi, terus berborak pasal kebaikan minyak herba asmak ni. Moga termasuk jerat. Katanya dah lama tengok saya post pasal produk asmak ni, terasa nak cuba pula. Mana tahu serasi kan.

Sebulan lepas tu, teringat nak bertanyakan maklum balas penggunaan minyak herba asmak ni. Syukur serasi katanya bagus. Anaknya sembuh dari selsema. Lepas sapu minyak asmak seperti disarankan hingus tak meleleh lagi. Masa suaminya lenguh-lenguh kaki penat lepas main rugby, aishah sapu dan urut-urut lega sikit, kurang sakit pada kaki suaminya.

Nampak tak pelbagai guna? Sebotol yang menjimatkan sangat sebab mesra pengguna tau. Jom la cuba sekali, pasti puas hati.



Wednesday 2 October 2019

IBU STRES KER?

Tentu ada ibu-ibu yang stres sebab anak hanya nak menyusu pada sebelah payudara saja kan?

Bila dah menyusu hanya sebelah, sebelah payudara akan berasa ringan, manakala sebelah lagi akan berasa terlalu penuh. Boleh jadi leaking dan bengkak. Kalau berterusan tak mustahil jadi punca kepada mastitis.

Proses memujuk bayi untuk menerima kedua-dua payudara tak mudah. Perlukan kesabaran yang tinggi.

Kita tak boleh memaksa bayi untuk menerima dan menyukai payudara bermasalah dalam masa yang singkat. Jangan paksa bayi. 

Kita yang dewasa pun ada cara  dan keselesaan tersendiri untuk tidur, duduk, buat kerja dan sebagainya.
.
.
.

Sebab apa agaknya bayi hanya nak susu pada sebelah payudara sahaja?

▫️Payudara yang digemari bayi mungkin susunya lebih laju atau perlahan, sesuai dengan keadaan bayi mengikut tahap umur yang tertentu. Jadi, kalau bayi kecil, mungkin sukar mereka nak minum dengan aliran yang terlalu laju, dan sebaliknya.

▫️Bagi ibu yang kali pertama menyusu, anda mungkin ada masalah puting tenggelam atau leper. Bayi yang baru lahir masih belajar nak mendapatkan lekapan yang betul (good latch). Mereka akan pilih payudara yang lebih mudah dihisap.

▫️Payudara yang terlalu penuh dan bengkak akan akan menyukarkan bayi menghisap. 

▫️Kalau ibu ada masalah  mastitis di sebelah payu dara, bayi mungkin tak mahu menyusu kerana rasa susu yang berbeza di mana ia lebih masin disebabkan peningkatan kandungan sodium.

▫️Ada ibu yang membiasakan bayi untuk menyusu pada payudara tertentu contoh, ibu cepat lenguh menyusu pada sebelah kiri contohnya dan terus bertukar ke bahagian kanan dan bayi akan terbiasa dengan sebelah kanan.

▫️Bayi yang baru lepas dicocok akan rasa tak selesa untuk dipegang pada sebelah bahagian vaksinasi atau imunisasi. 

▫️Mungkin bayi terkena jangkitan pada sebelah telinga. Selalulah periksa telinga bayi anda.

▫️Salah satu payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu pada payu dara tersebut.
.
.
.
Jangan risau. Tak ada masalahpun kalau bayi mahu menyusu hanya sebelah payudara. Benda ni normal. Janji bayi dapat cukup susu dan aktif. 

Cuma,
ibu akan merasa tak selesa kerana berasa kurang seimbang pada payudara. Cara terbaik, pastikan anda mengepam susu pada payudara tersebut. 

Cuba sesekali memujuk bayi untuk menghisap susu di payudara yang kurang digemari tersebut. Mana tahu berjaya? 

#MisiLara

Tuesday 1 October 2019

ANAK JATUH LAGI 😒😒



Rawatan Alternatif awal Sapu #MinyakHerbaAsmak. Insyaallah pengalaman bila cepat2 sapu minyak biasanya bengkak tu cepat surut ,biru pun tak ada. 

TAPI INGAT!  jika anak jatuh dalam masa 24 jam ada muntah2 cepat bawa klinik jumpa yang pakar.  Dalaman kita tak nampak,  minyak hanya untuk sapu luaran. 

Kan dah kata #MinyakHerbaAsmak "Rawatan Alternatif awal dirumah dan dimana-mana" 

Tak ada lagi Minyak Herba Asmak?

Cepat-cepat stanby sekarang. Tak rugi πŸ’–percaya lah. Kakct pun ada anak dan guna hampir 3 tahun. Kita guna serasi baru syok nak sebarkan manfaatnya. 

Jom ikhtiar sama2 0193907954