Monday 30 December 2019

8 POSISI PENYUSUAN BAYI YANG BETUL










Panduan untuk bakal ibu dan ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi.

Ada 8 posisi penyusuan bayi yang betul.

Moga ada manfaat buat semua


Saturday 28 December 2019

INI MUNGKIN PUNCA ANDA SERING BATUK DAN SELESEMA

Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itu adalah KULAT

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan. 

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka  masalah kronik seperti astma.

Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini di cegah? 

✅ Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan  terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
✅ Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah

Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur. 

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Kredit : Public Health Malaysia

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#SharingByKakCT

Friday 27 December 2019

HIDUNG BERBUNYI KETIKA TIDUR

 KENAPA?🤔
.
Siapa-siapa yang ada masalah pernafasan, mesti ada masalah hidung berbunyi semasa tidur, terutamanya kanak-kanak.
.
Dan kalau masalah ini dibiarkan saja, keadaan biasanya akan menjadi lebih teruk apabila kanak-kanak tersebut menginjak dewasa.
.
Kualiti tidur? Memang akan terganggu. Yang itu saya memang pasti, sebab dah banyak kali jumpa. Dalam waktu tidur tu mesti anda paling kurang 304 kali terbangun sebab tak dapat bernafas. Lepas tukar posisi baru ok balik.
.
Semakin sempit salur pernafasan, semakin susah udara nak sampai dan keluar dari hidung ke peparu. 
.
Mungkin perkara ini biasa pada orang dewasa, tapi bagi bayi, jangan main-main ya. Ada bayi yang meninggal ketika tidur kerana tak cukup nafas. Keadaan ini boleh dikatakan sama dengan bayi tersedak susu. Bahaya!
.
Kita sebagai ibubapa apa perlu buat? Kena cari jalan untuk membetulkan balik salur pernafasan tu supaya jadi normal.
.
.
#infobyMHAMSB 
#MinyakHerbaAsmakmantin
#sharingbyKakCT
#0193907954

Wednesday 25 December 2019

TIPS MAKAN IRON(Zat Besi)


Tips makan iron (zat besi) supplement secara berkesan. Ramai yang makan iron, tapi Hb (haemoglobin) tak naik. 🤔🤔
.
1. JANGAN ambil iron bersama KALSIUM atau makanan tinggi kalsium seperti SUSU ‼️
.
Pengambilan iron bersama dengan susu akan menyebabkan kadar penyerapan iron sangat rendah. Akhirnya, iron akan dibuang melalui najis kerana tidak diserap dengan sepenuhnya.
.
2. JANGAN ambil iron bersama CAFFEINE ‼️
.
Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium. Oleh itu, elakkan minum teh atau kopi dalam 30 - 45 minit selepas makan iron supplement.
.
3. ELAKKAN makan bersama ubatan yang MENGURANGKAN ASID PERUT ‼️
.
Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama.
.
4. Sebaiknya makan ketika PERUT KOSONG.
.
Waktu pengambilan yang terbaik adalah semasa perut kosong. Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Namun, ada sesetengah orang yang mengalami kekejangan perut, loya dan cirit-birit. Bagi mengelakkan ini berlaku, anda digalakkan untuk makan iron supplement dengan sedikit makanan.
.
5. Makan bersama VITAMIN C
.
Vitamin C membantu penyerapan iron. Boleh makan iron bersama jus oren segar atau makan bersama supplement vitamin C.
.
Sumber: Farmasi Gpharmax Durian Burung

Thursday 19 December 2019

TANDA ANAK ANDA KERACUNAN



Peringkat kanak-kanak ni mereka lebih gemar meneroka sesuatu benda itu dengan memasukkannya ke dalam mulut. 

Perkara sebegini amat merisaukan ibu bapa sebab kadang-kadang mereka tak perasan anak mereka berbuat sedemikian.

Berikut merupakan tanda-tanda sekiranyan anak anda mengalami keracunan akibat tertelan benda beracun:

💀 Mengantuk
💀 Muntah
💀 Cirit birit
💀 Sakit perut
💀 Demam 
💀 Sakit kepala
💀 Pernafasan tidak teratur
💀 Hilang selera makan
💀 Sukar menelan
💀 Air liur meleleh
💀 Ruam kulit
💀 Bibir dan kulit menjadi biru
💀 Sawan
💀 tidak sedarkan diri

Anda sebagai ibu bapa jangan sesekali letak dikawasan rendah bahan-bahan yang merbahaya kepada anak anda. 

Sentiasa pastikan rumah anda kemas dan bersih ya 😊

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmakMantin
#sharingbyKakCT
#0193907954

Friday 29 November 2019

KENAPA ANAK ASMA PERLU SOKONGAN KUAT DARI ANDA

.
Pernah terfikir, betapa besarnya tanggungjawab ayah dan ibu terhadap anak yang menghidap asma?

Selain dianugerahkan Tuhan sebagai ujian kepada ibubapa, anak asma juga adalah sebagai penghapus dosa bagi ibu dan bapa tersebut. Tapi itu semua dengan syarat ibu dan bapa tersebut perlu bersabar seboleh yang mungkin.

Sesekali perlu ingatkan diri kita sendiri, jika kita rasa susah dengan adanya anak yang menghidap asma, sesungguhnya mereka juga tak pernah meminta dilahirkan dengan yang sedemikian. Dan yang pastinya, mereka juga menanggung derita yang jauh lebih besar dari kita.

Pernah dengar pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”? Begitulah yang terjadi kepada anak asma. Mereka yang rasa, mereka yang derita. Malah mereka tak pernah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan mereka, apatah lagi menyalahkan takdir yang menimpa mereka. 

Jadi, jika anak anda didapati menghidap asma, maka bersabarlah wahai ibu dan bapa sekalian. Ganjaran yang besar menanti anda melebihi ibu bapa lain!
.
.
Jom cuba rawatan Alternatif sekarang ramai yang dah guna berkesan. 


#MHAMSB #MinyakHerbaAsmak
#SharingbyKakCT
0193907954 SA159100

Monday 25 November 2019

SAWAN TANGIS

.
Sawan tangis adalah keadaan di mana bayi menangis tanpa henti selama 3 jam dalam sehari, dan berlaku melebihi 3 hari dalam seminggu. Keadaan ini boleh berlarutan hingga ke 3 minggu lamanya. 
.
Tiada penyakit yang menyebabkan bayi mendapat sawan tangis, malah bayi yang sihat pun boleh terkena sawan tangis. Dan sememangnya keadaan ini akan membuatkan ibu dan bapa merasa susah dan sedih, walaupun mereka sudah beberapa kali melahirkan anak.
.
Sawan tangis berlaku pada 10-40% bayi, dan beransur-ansur hilang apabila menjejak umur 6 bulan.
.
Tanda-tanda sawan tangis:
.
❌ Biasanya berlaku pada waktu lewat petang
❌ Bayi menarik kakinya sehingga ke perut
❌ Genggaman tangan bayi lebih uat dari biasa
❌ Bunyi tangisan kebiasaanya kuat dan nyaring dari biasa.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
#sharingbyKakCT
0193907954
KakctAsmak

Saturday 23 November 2019

MERAWAT RUAM LAMPIN ANAK

3 Ramuan Penting Yang Wajib Ada Pada Krim Untuk Merawat Ruam Lampin
.
Sebelum ini, bagaimanakah anda memilih krim yang paling berkesan untuk merawat ruam lampin pada bayi? Apakah bahan yang anda perhatikan di label bungkusan krim tersebut?
.
Di sini disenaraikan 3 bahan yang wajib ada pada krim tersebut agar ruam lampin pada bayi dapat sembuh dengan cepat, selain tidak meninggalkan kesan pedih pada bayi.
.
Zinc Oxide – bahan ini sangat penting untuk menghentikan ruam serta mengelakkan jangkitan pada ruam tersebut.
Dimethicone – Dimethicone berfungsi untuk merawat gatal dan ketidakselesaan pada ruam tersebut.
Aloe vera – Pelembap yang terbaik dan semulajadi adalah aloe vera. 
.
Gabungan ketiga-tiga bahan ini akan menghasilkan lapisan pelindung di antara lampin yang basah dan kulit bayi, agar kulit bayi mempunyai masa yang cukup untuk pulih sepenuhnya.
.

Ingin cuba sesuatu yang lebih natural?Boleh cuba produk dari tanah liat putih.


#infobyMHAMSB #BedakAsmak
#SharingbyKakCT
0193907954
FB Siti Radziah Ishak

Thursday 21 November 2019

BAGAIMANA DOKTOR BOLEH TAHU ANAK ADA ASMA?


.
Simptom-simptom asma lebih kurang sama macam lelah dan pneumonia. Sebagai orang awam, agak susah untuk kita kenalpasti yang mana satu terkena pada anak kita. Macam mana nak tentukan sama ada anak kita betul-betul ada penyakit asma? Apa cara yang doktor gunakan untuk menentukan?
.
Ada beberapa cara yang doktor gunakan untuk mengesan asma. Ada yang murah, ada yang mahal. Ada yang cepat, ada juga yang lambat. Artikel ini membincangkan 2 cara yang paling popular, dan sebagai ibubapa kita kena pandai pilih mana satu yang paling sesuai dengan anak kita. Jom baca.
.
*#1 Ujian Darah*
.
Ujian ini adalah yang paling sesuai untuk mereka yang terlalu sensitif kepada allergen, ataupun benda yang boleh menyebabkan serangan asma. Namun begitu, keputusan ujian ini agak lama untuk dikeluarkan dan kosnya mahal. Tapi jangan risau, biasanya keputusan ujian ini sangat tepat.
.
*2# Ujian Kulit*
.
Ujian kulit adalah yang paling popular berbanding ujian darah. Mungkin kerana kosnya yang lebih murah dan masa yang diambil lebih cepat, iaitu hanya dalam 2 jam sahaja. Siapa yang taknak cepat kan? Dahlah murah.
.
Yang tak berapa menyeronokkan, ujian ini tak berapa sesuai untuk mereka yang terlalu sensitif kepada allergen kerana semasa ujian dijalankan, kulit akan didedahkan dengan bahan yang menyebabkan elergi seperti makanan dan latex. 
.
Kesimpulannya, berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa ujian untuk anak anda ya?
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
#sharingbyKakCT
0193907954

Monday 11 November 2019

TIP URUTAN UNTUK BABY KEMBUNG PERUT

Bestnyer kalau dapat urutkan.  Macamtu juga baby mesti rasa selesa disamping boleh eratkan lagi kasih sayang ibu pada baby.  Lepasni boleh follow Tip ni yer. Semoga baby tak kembong lagi. 

Boleh juga sebelum urut tu sapu Minyak Herba Asmak dulu.  Lagi cepat hilang kembong. 

FB Siti Radziah Ishak
MinyakHerbaAsmakMantin




Tuesday 5 November 2019

TANDA BABY ALAHAN DENGAN SUSU FORMULA

Tak semua baby serasi minum susu formula.  Kakct 4 org anak semua minum susu ibu sehingga 2 tahun lebih..  Tapi 6 bulan dah campur susu formula dugro dumex jer. Alhamdulillah ok. 

Jom kita tengok Tanda2 bayi  alahan dengan susu formula. 








Nak tau info lanjut tentang Asmak? 
FB siti radziah ishak
Tel 0193907954

Monday 4 November 2019

Rindu bau baby? Info ni wajib ambil tahu.


Islam itu mudah. Tapi jangan ambil mudah. Perkara berkaitan najis ni kena ambik berat jugak.

Baby mmg akan kerap berak dan kencing. Kalau rasa leceh nak angkat ke tandas atau sinki, sediakan spray air. Ikut step ni:

1. Lap dengan baby wipes.
2. Spray bahagian yg terkena najis.
3. Lap semula sehingga kering dan yakin tiada bau, warna dan rasa.

Sunday 3 November 2019

Musim HFMD bahaya datang

Semasa musim HFMD, bayangkan bayi sebelum ini duduk dengan air liur meleleh di meja makan... kemudian anak anda duduk pula di atas kerusi yang sama. 

Oleh itu, jika anda ingin menggunakan kerusi tinggi untuk bayi anda di restoran pastikan ia di bersihkan terlebih dahulu dengan cecair pembersih. 

Survey menunjukkan, permukaan meja bayi ini jauh lebih kotor dari meja lain direstoran. Walaupun jarang menyebabkan kesakitan yang teruk, ia mungkin mengandungi kuman bahaya seperti Coliform.

Permukaan yang bersih jangan disangka suci tanpa kuman, untuk keselamatan bayi anda, WIPE dengan pembersih!

Kredit FB : Public health malaysia

Follow IG  KakCtAsmak
Facebook : Siti Radziah Ishak

Wednesday 30 October 2019

Urutan yang Menenangkan bayi

Assalamualaikum.. Selamat pagi. Ada ibu tengah berpantang?. Boleh amalkan cara urut bayi ni. Semoga bermanfaat. Lagi best buat urutan dengan Essential oil dan lotion baby Asmak Baby Care. 😍😍

Sunday 27 October 2019

MITOS ATAU FAKTA


STRESS menyebabkan susu tak keluar?
====================================

Sebelum itu kenapa mak mak stress?

+ risau nak masuk kerja, babysitter boleh jaga anak dengan baik tak?

+ risau susu EBM cukup tak cukup

+ stress tengok pagi pagi nak keluar rumah jalan jammed

+ risau sempat ke nak punch card hari ni

+ balik kerja nak ambil anak, nak masak lagi cepat cepat

+ pening fikir nak masak apa hari ni lepas balik kerja?

+ lain lain... Nyatakan sendiri

Betulkan mak mak banyak fikir? Bila banyak fikir last last stress, sakit tulang belikat dan kepala berdenyut denyut kan.

.

Balik ke soalan asal. Sebelum jawap soalan kita berkenalan duku dengan dua makhluk utama yang peranannya sangat penting dalam penyusuan susu ibu.

Makhluk pertama nama dia PROLAKTIN.

Prolaktin ini sejenis hormon tau! Dia bukan jin. 😈 Dia duduk dalam badan kita untuk merembeskan susu. Susah la guna bahasa medikal, kita guna bahasa layman jer ye.😅

Prolaktin ni kerja dia bagi arahan pada kilang susu untuk keluarkan susu. Prolaktin dapat isyarat dari puting susu. Bila baby hisap jer mentol prolaktin bernyala dan susu akan dihasilkan. 

Makhluk kedua pula nama dia OKSITOSIN. 

Dia ni pun sejenis hormon. Dia pun duduk dalam badan kita. Dia bukan sejenis saka.😈

Kerja Oksitosin ni pula keluarkan susu. Bila susu keluar, baru baby dapat menyusu.
.

Jadi ada dua peringkat di sini iaitu HASILKAN dan KELUARKAN. 

Prolaktin ==> bahagian pembuatan

Oksitosin ==> bahagian pengedaran

.

Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang konsep asal penyusuan adalah SUPPLY & DEMAND.

Kerana, prolaktin dirangsang mengikut keperluan dan kehendak bayi. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak prolaktin dirembes maka lebih banyak susu dihasilkan. Apabila bayi kurang menyusu, penghasilan susu pun merosot.

Tindakan prolaktin menyebabkan buah dada diisi semula dalam tempoh 2 3 jam. Untuk mengekalkan pattern ini, pastikan susu dikeluarkan. Susu yang penuh pada buah dada akan menekan sel sel kilang susu yang menyebabkan kilang berhenti production

Itu sebab, ibu yang berkerja perlu mengepam susu keluar. Kita mahu kekalkan pattern demand sentiasa ada walaupun baby tidak bersama kita.

.

Refleks oksitosin pula agak kompleks berbanding prolaktin kerana melibatkan psikologi.

Apabila ibu fikirkan tentang bayinya barulah oksitoxin muncul.

Apabila ibu terdengar tangisan bayinya barulah oksitoxin muncul. 

Apabila ibu berkeyakinan tinggi barulah oksitoxin muncul.

Oleh kerana ibu berada dalam keadaan positif, barulah susu keluar. Hah! Tricky betul fasa keluarkan susu ni. Dia tak nak keluar tanpa rangsangan yang betul padahal susu ada. 

.

Jadi, memang benarlah yang stress memang merencatkan pengeluaran susu. 

Dah lah stok susu EBM tak cukup, dah risau dah, lagi risau lagi tak mahu keluar susu. Berapa ramai ibu macam ni?

Mulalah risau ambil macam macam. Ambil tu tak jalan, ambil ni tak jalan, semua tak kena. Last last give up. Ramai kan macam ni kan... So, nak ambil apa apa pastikan faham konsep asas ini. Memang ada supplement yang membantu. Pastikan jurujual/pharmacist/pengamal perubatan faham konsep asas bf baru mereka boleh advise. Sebab itu kena tahu juga history ibu supaya kita tangani mana yang priority.

Akhirnya sekali claim aku memang tak cukup susu. Hah! Tak baik cakap tu.. Sabotaj diri namanya. 

Sebenarnya ilmu ini yang kita mungkin belum tahu. 
.

So nak buat macamana?

Tangani stress dahulu.

Pertama, tarik nafas. Tarik nafas. Lepas. Tarik lagi...lepas. (ini proses kita nak masukkan oksigen lebih banyak dalam badan supaya kita boleh lebih rasional)

Kedua, istigfar istigfar istigfar. (ini proses kita maafkan diri kita dan mula connect kepada tuhan yang Maha Agung)

Ketiga, Tenang. Tenang. Tenang. Bila tenang, idea akan datang. Solusi dah mula nak bagi jalan.

Keempat, cari ilmu dan praktis. 

Kelima, cari orang yang kita boleh rujuk. Yang boleh bagi kata positif. 

Keenam, mesti boleh settle masalah ini bila Allah dah buka jalan dan kita yakin sangat yang tubuh badan kita memang magic akan bekerja untuk impian kita. 
.

Selamat breastfeeding semua. Saya doakan anda berjaya. Hanya ibu bf yang memahami keperluan ibu bf yang lain.

Kredit Pn. Rafiza Idayu

Wednesday 23 October 2019

SET SEMPUT/ASMA/LELAH

MINUM DAN SAPU TERUS LEGA

⏩JUS ASMAK GOLD *(Makan)* 
✔Sebagai pelengkap kepada Minyak Herba Asmak
✔Sesuai sekali untuk yang menghidap asma/lelah yang agak teruk
✔Juga melegakan batuk, kahak, selsema, menguatkan ketahanan badan dan meningkatkan kesihatan supaya lebih cergas dan aktif.
3tahun dan keatas

⏩MINYAK HERBA ASMAK *(Sapu luaran)*
✔ Sesuai untuk batuk, kahak & selesma. 
✔ Boleh juga digunakan juga untuk masalah digigit serangga, luka, tergeliat, terkena api, bengkak, lenguh, sakit gigi, kembung & sakit perut. 
✔ Terdapat minyak habbatussauda', minyak zaitun, minyak kelapa, pati gamat, herba & akar kayu terpilih.

KakCTAsmak 0193907954


Tuesday 22 October 2019

ANAK BATUK SELSEMA?



Tapi tak suka yang jenis minyak. Susah nak apply. Asmak kan ade minyak je..

Heyy. 
Sape kata tu? 
Asmak dah ade #balm #baby tau. 

Bau lemon & pappermint yang menyapa ke dalam hidung, buat rase tenang mengasyikkan kau tahu. 

Sangat sesuai untuk newborn hingga kanak-kanak 2 tahun. Tapi ada jugak orang dewasa guna untuk hilangkan mual & loya tau. 

Saya yakin dan percaya, produk Asmak semuanya bagus. In sha Allah.

RUGI TAK CUBA tau..

Monday 21 October 2019

TIP MENGURANGKAN PANAS BADAN ANAK YANG DEMAM




.
Bila bercakap pasal demam, antara tips yang selalu kita dengar adalah “jangan mandikan anak dengan air sejuk”. Itu antara yang biasa didengar.
.
Tapi, apakah tips lain yang boleh digunakan? Maksud saya, tips yang berkesan lah kan, takkan yang tak berkesan pula ye tak.
.
Okay. Akak-akak boleh cuba tips ni. Biasa saya buat macam ni juga, Alhamdulillah perubahan tu agak ketara juga. Panas anak memang menurun.
.
Ambil sebiji buah lemon dan hiris nipis-nipis. Isi besen mandian anak dengan air hangat untuk mandi. Perahkan hirisan lemon tadi dah masukkan sekali hirisan tu ke dalam air mandian tersebut. Semasa mandikan anak, biar anak berendam sehingga kulit mereka ada tanda-tanda kecut. Selagi belum nampak kecut, jangan angkat.
.
InsyaAllah, akak-akak akan nampak perubahannya nanti ;)
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak
#SharingbyKakCT

Sunday 20 October 2019

ADUHHHH KESIANNYA NGERI TENGOK

Asyik cerita pasal Batuk, Selesema, Kahak, Asma je kali ni nak cerita pasal #Luka pulak. Kepala anak luka terkena bucu meja.
.
.
Saje nak sharing anak tadi, kene bucu papan mari, habis darah tubik laju.

Cepat2 ambik Minyak Asmak untuk stopkan bleeding tu, Alhamdulillah, sapu2 Minyak Asmak, terus stop darah. Pahtu la baru boleh settle g klinik.

Kredit : Puan Fatanah Md Nor
.
.
Yes!! Kalau Mummy2 ada dalam situsai Puan Fatanah mesti gelabah jugak kan?? Gila tak gelabah kita sendiri pun gelabah wei nak2 pulak darah banyak macam tu mau pengsan kalau jenis tak boleh tengok darah.
.
Mujur Puan Fatanah teringat Minyak Herba Asmak cepat2 sapu. Menurut Puan Fatanah, dia main sapu je kat tempat berdarah tu sebab darah banyak dan rambut dah halang kawasan luka. Alhamdulillah sapu2 je darah terus stop. Lepas tu baru bawak pergi klinik untuk rawatan selanjutnya.
.
Nampak tak kelebihan Minyak Herba Asmak?? Sebab tu kata WAJIB ada sebotol Minyak Herba Asmak kat rumah. Boleh jadi penyelamat masa kecemasan. Tak rugi beli tau 😉.

#MinyakHerbaAsmak
#SetiapSapuanAmatBermakna

Thursday 17 October 2019

BOLEHKAH BAYI MINUM AIR MINERAL?


Ketika cuaca panas, ramai ibu yang mengeluh dan mengalami dehidrasi yang jelas seperti mudah haus dan kurang membuang air kecil. Mereka digalakkan untuk minum mineral dengan kuantiti yang lebih banyak terutama bagi ibu yang menyusukan anak mereka. Tetapi adakah bayi juga perlu diberikan air mineral juga?

.
Secara amnya bayi yang berumur kurang 6 bulan tidak boleh diberikan air mineral atau air kosong. Bayi tidak memerlukan air dan mineral kerana mereka memperolehi sejumlah kuantiti air yang cukup melalui air susu yang diminum, sama ada dari susu ibu atau susu formula.

Memberikan air pada mereka akan mengganggu kebolehan tubuh untuk menyerap nutrien dari susu ibu atau susu formula dengan cara yang lebih berkesan. Memberikan air juga menyebabkan perut bayi akan menjadi penuh dan kembung. Mereka mungkin tidak selesa dan mudah menangis. Bayi juga akan hilang rasa lapar untuk meminum susu. Walau bagaimanapun ibu bapa boleh memberikan sedikit air dengan menggunakan sudu jika difikirkan perlu dan ini sudah pasti tidak menjejaskan kesihatan bayi.

Dalam dalam kes yang terpencil, jarang berlaku tetapi serius, apabila bayi diberikan terlalu banyak air, bayi akan mengalami mengalami sawan dan koma akibat “keracunan air” (water intoxication). Ini berlaku apabila air yang diberikan kepada bayi dengan kuantiti yang banyak telah menyebabkan kecairan pada kepekatan mineral sodium dalam tubuh, menyebabkan ketidakseimbangan mineral dan akhirnya tisu tubuh akan mengembang. Pengembangan tisu otak secara tiba-tiba akan menyebabkan bayi mengalami koma.

Dalam kes yang disebutkan di atas, apabila ibu bapa menambahkan air dalam bancuhan susu dalam kuantiti yang banyak dari sepatutnya, ia juga boleh menyebabkan “keracunan air”. Selain itu susu yang cair dan diminum menyebabkan bayi akan menerima nutrisi yang amat berkurangan dari sepatutnya. Oleh itu para ibu yang menyusukan anaknya dengan susu formula haruslah membaca arahan bancuhan susu dan elakkan dari menambah air yang lebih dari kadar yang sepatutnya.

Walau bagaimana pun jika bayi mengalami cirit-birit, doktor mungkin menasihati ibu untuk memberikan bancuhan garam ke dalam air untuk diberikan kepada bayi untuk mengelakkan dehidrasi. Ini dibenarkan.

Apabila bayi telah mencapai umur enam bulan, tidak menjadi mudarat memberikan sedikit air menggunakan sudu kepada bayi. Berikan sekadar yang perlu. Memberikan air secara berlebihan akan menyebabkan bayi akan mengalami kembung perut dan tidak berselera untuk makan.

Setelah berusia setahun, kanak-kanak telah makan makanan yang pejal dan minum susu pada kadar yang sepatutnya, bolehlah memberikan air mineral kepada kanak-kanak itu.

#HealthDrZubaidi

Tuesday 15 October 2019

KLASIFIKASI ASMA


APA ITU KEMATIAN KOT (DIDS)


Kematian kot juga dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome - SIDS). Ia bukannya satu penyakit. Sebaliknya, ia adalah satu diagnosis yang diberi apabila seorang bayi yang sihat meninggal dunia tanpa sebab tertentu.

SIDS ialah kematian yang tidak diketahui punca, seorang bayi yang kelihatan sihat, biasanya ketika tidur. Ia lazimnya terjadi pada umur antara 1 dan 4 bulan dan kebanyakan (90%) kematian SIDS berlaku sebelum bayi mencapai umur 6 bulan. Adakalanya, SIDS dikenali sebagai kematian kot kerana sering kali bayi meninggal di dalam kot atau katil mereka. Walaupun jarang berlaku di negara Asia berbanding negara Barat, adalah lebih baik untuk berhati-hati.

Kematian kot mungkin didaftarkan sebagai SIDS (sindrom kematian bayi mengejut), kematian bayi yang tidak diduga tiba-tiba (sudden unexpected death in infancy - SUDI), tidak dapat dipastikan atau ringkasnya kematian kot.

Apabila para doktor dan penyiasat tidak dapat mencari sebarang sebab bagi kematian tersebut selepas penyiasatan terperinci dijalankan termasuk pemeriksaan pos mortem, pemeriksaan pada tempat di mana bayi meninggal dan semakan terhadap nota perubatan bayi, kematian kot biasanya dinyatakan sebagai penyebab

Selalu peka dengan anak anda ya !

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Sumber : babycenter.com

JENIS-JENIS EKZEMA

CONTACT DERMATITIS
.
Sebelum ni  dah bincang pasal ekzema jenis Atopic Dermatitis. Hari ni bincang pasal jenis yang kedua, Contact Dermatitis.
.
Contact maksudnya “sentuh”, dan sesuai dengan namanya, ekzema jenis ni berlaku bila kulit bersentuhan dengan bahan yang menyebabkan radang.
.
Yang teruknya, walaupun bahan tersebut nampak tak bahaya, tapi bila tersentuh dengan kulit, boleh menyebabkan kulit seperti terbakar, gatal dan menjadi merah.
.
Pernah nampak orang yang gatal-gatal pada pergelangan tangan setelah memakai jam tangan? Ataupun jari gatal-gatal bila memakai cincin? Hah, itu pun salah satu contoh juga.
.
Bahagian badan yang paling biasa terkena adalah kawasan lengan. Ada orang yang pakai inai di tangan seperti orang india, pun boleh terkena juga.
.
Apa contoh bahan yang boleh menyebabkan ekzema jenis ni?
.
☠ Bahan pelarut
☠ Detergent
☠ Asap rokok
☠ Cat
☠ Peluntur
☠ Bahan kosmetik yang mengandungi alcohol walaupun sedikit
☠ Sesetengan jenis sabun dan pewangi
.
Simptom dia bagaimana pula?
.
❌ Kulit kemerahan dan rashes
❌ Rasa terbakar dan membengkak
❌ Melecet yang akan menjadi keruping
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak #SharingbyKakCT

Monday 14 October 2019

OH BABY!!

BABY anda mempunyai masalah batuk, selsema, kahak, kembung perut, demam dan sembelit?😫

Jom ikhtiar sapu Minyak Herba Asmak. Buat apa nak beli dua tiga jenis cream atau ubat kalau dengan hanya sebotol pun dah boleh selesaikan semua masalah😉

Berbaloi ke berbaloi sangat?😍



ANAK SAYA TAK BOLEH TIDUR MALAM

ANAK SAYA TAK BOLEH TIDUR MALAM 
.
Ramai ibu bapa yang menghadapi masalah ini. Bukan seorang dua, tapi dah ramai jugalah. Nak kata tak buat ikhtiar, dah macam-macam buat. Tapi si kecil tetap menangis, especially waktu malam. Menurut pakar kanak-kanak, ada bayi yang dilahirkan dengan corak tidur yang ‘terbalik'. Bak burung hantu, mereka lebih aktif pada waktu malam. 
.
Banyak perkara yang boleh buat si comel anda susah nak tidur waktu malam. Antaranya ialah :

1. TAK SELESA
Kadang pakaian yang dipakai oleh si comel anda boleh jadi untuk susah nak tidur. Suhu dalam bilik juga mainkan peranan. Kalau panas sudah tentu si comel anda susah nak tido

2. GANGGUAN GADGET
Pada peringkat ini si comel mudah tertarik dengan benda yang menarik perhatian dia macam handphone ke televisyen ke. Benda-benda ini akan menstimulasikan otak dan menyebabkan bayi sukar untuk tidur. Pencahayaan sebelum tidur juga boleh mengurangkan kualiti tidur.

3. BARU SEMBUH DARI SAKIT
Bila si comel anda sakit ianya akan menganggu rutin tidurnya maka tak hairanlah bila si comel anda pulih dari sakit dia tidak boleh tidur malam sebab rutin dia terganggu. Ibu bapa harus bijak susun semua rutin tidur sicomel anda.

4. TRAVELLING
Jika selama ini rutin hariannya hanya di rumah dan sekali-sekala keluar, pasti tiada masalah untuknya tidur. Tetapi bila kita ajaknya ke perjalanan jauh anak juga turut kepenatan dan rasa rimas. Anak lebih mudah merengek dan tidak mahu tidur. Keselesaannya di rumah sudah digantikan dengan perjalanan jauh yang memenatkan. 

5. SEDANG BELAJAR PERKARA BARU
Tanpa kita sedari, si kecil makin membesar. Sekarang sudah cuba untuk menyiarap. Kadang-kadang, si anak mahu berlatih meniarap pada waktu tidurnya. Ambil langkah untuk melatihnya menyiarap dengan selesa pada siang hari.

6. BAYI TIDAK DILATIH TIDUR SENDIRI
Pada awal tidurnya, dodoi sehingga tertidur. Kemudian hentikan gerakan bila dia sudah terlelap. Jika terbangun, dodoi sedikit kemudian berhenti lagi. Kurangkan gerakan sedikit demi sedikit. Jika bayi sudah boleh terima tidur tanpa gerakan barulah kita boleh ajarnya tidur sendiri. Kemudian jika bayi terbangun ketika tidur sendiri, cukuplah sekadar tepuk-tepuk sedikit tanpa perlu mengangkatnya.

Semoga bermanfaat ya 

Nak lagi mudah jom sapu Esssential Oil by Asmak insyaallah senang anak tidur. 

KakCT Asmak 0193907954

Sunday 13 October 2019

JENIS-JENIS EKZEMA 3 dyshidrotic Eczema



.
Apa ekzema yang paling biasa terkena pada wanita? Dsyhidrotic Eczema lah jawapannya.
.
Ekzema jenis ini biasa terkena pada celah jari tangan dan kaki, serta tapak tangan dan kaki. Alah, yang ada keluar gelembung air kecil-kecil tu. Bila digaru rasa makin panas dan sedap. Itulah dia. 
.
Ya, memang orang perempuan lebih biasa terkena dengan ekzema jenis ini. Semua peringkat umur pun terlibat. 
.
Apa contoh rangsangan yang boleh membuatkan ekzema ini muncul?
.
❌ Stress
❌ Allergi
❌ Kawasan tangan dan kaki yang sentiasa lembap
❌ Logam seperti barang kemas
❌ Simen
❌ Barangan berasaskan kulit
.
*Simptom-simptom ekzema jenis ini:*
.
➡ Gelembung air yang kecil di celah jari
➡ Gatal dan panas
➡ Kemerahan
➡ Kulit bersisik/berkeruping
➡ Sakit pada bahagian yang teribat
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak #

Saturday 12 October 2019

MERAWAT RUAM LAMPIN

3 Ramuan Penting Yang Wajib Ada Pada Krim Untuk Merawat Ruam Lampin
.
Sebelum ini, bagaimanakah anda memilih krim yang paling berkesan untuk merawat ruam lampin pada bayi? Apakah bahan yang anda perhatikan di label bungkusan krim tersebut?
.
Di sini disenaraikan 3 bahan yang wajib ada pada krim tersebut agar ruam lampin pada bayi dapat sembuh dengan cepat, selain tidak meninggalkan kesan pedih pada bayi.
.
Zinc Oxide – bahan ini sangat penting untuk menghentikan ruam serta mengelakkan jangkitan pada ruam tersebut.
Dimethicone – Dimethicone berfungsi untuk merawat gatal dan ketidakselesaan pada ruam tersebut.
Aloe vera – Pelembap yang terbaik dan semulajadi adalah aloe vera. 
.
Gabungan ketiga-tiga bahan ini akan menghasilkan lapisan pelindung di antara lampin yang basah dan kulit bayi, agar kulit bayi mempunyai masa yang cukup untuk pulih sepenuhnya.
.

Ingin cuba sesuatu yang lebih natural?Boleh cuba produk dari tanah liat putih. Nak tau lebih lanjut wasap KakCT 0193907954

#infobyMHAMSB #BedakAsmak
#SharingbyKakCT

Friday 11 October 2019

GBS ni apa?



Bukan Geng Bas Sekolah ye

Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan najis sebelum dikeluarkan ) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%)

Bacteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan kelamin dan kebanyakkan wanita yang ada GBS ini tidak menujukkan apa-apa symptom.

Menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bacteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan. Kadang-kadang GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan, dan amat jarang ketika kehamilan dan  sekiranya proses proses bersalin belum bermula.

 Bagaimana nak kesan GBS?

GBS boleh dikenalpasti ketika hamil bila sample dari faraj / sampel dari rectum atau ujian air kencing.

Kita TIDAK suruh  semua ibu hamil untuk menjalani ujian saringan untuk GBS pada ketika ini kerana :

🌀Kebanyakan wanita yang ada GBS, melahirkan bayi yang sihat dan tidak ada jangkitan GBS

🌀Saringan GBS pada lewat kehamilan, tidak boleh secara tepat meramalkan bayi mana yang akan terkena jangkitan GBS

🌀Tiada ujian sariangan yang benar-benar tepat. Jika ujian saringan menujukkan tiada GBS – tidak bermakna 100 % ada bukan pembawa GBS

🌀Kebanyakkan bayi terkena jangkitan GBS yang serius adalah bayi yang tak cukup bulan, sebelum sempat kehamilan disaring untuk GBS pada 35 hingga 37 minggu

🌀Pemberian antibiotik kepada semua pembawa GBS bermaksud sebilangan besar wanita akan menerima antibiotik yang mereka tidak perlukan sebenarnya.

Ape kesan GBS kepada bayi?

Kebanyakan bayi yang kena GBS semasa lahir dan mereka selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal.

1 dalam 1750 kelahiran bayi di diagnos dengan jangkitan awal GBS ( early-onset GBS infection ). Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk ( sepsis ) , jangkitan pada peparu ( pneumonia ) dan jangkitan pada lapisan otak ( meningitis )

 Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi, dengan rawatan segera dan optimum, banyak bayi akan sembuh sepenuhnya. Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 ( 5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang.

 
Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya :

✔️Bayi pramatang  - lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya

✔️Sebelum ni pernah ada bayi yang pernah terkena jangkitan GBS

✔️Ibu ada demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin

✔️Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sample faraj

✔️Air mentuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan

Bagaimana mengurangkan risiko jangkitan GBS kepada bayi?

🔴Jika sample air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotic. Jangan berlengah ! Rawatan antibiotic juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah.

🔴Kalau sample dari faraj yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotic ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah.

🔴Jika ada bayi yang terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas-lepas,  kena berikan antibiotik ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah

 🔴Walaupun seseorang wanita tu takda GBS, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman ketika nak bersalin, ibu akan diberikan antibiotic juga melalui salur darah yang merawat banyak bacteria termasuk kuman GBS.

🔴Jika proses bersalin sudah bermula selepas 37 minggu ( kelahiran pramatang ) doctor akan menasihatkan ibu menerima antibiotic dalam salur darah walaupun takda GBS.

 
❗️Ibu yang ada GBS, kita tidak beri antibiotic SEBELUM proses bersalin bermula kerana tindakan ini TIDAK mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS. Tak perlu antibiotic selagi proses kelahiran belum bermula. Hanya terima rawatan antibiotic ketika hendak melahirkan – dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas dilahirkan 1 dalam 400 hingga 1 dalam 4000 kelahiran.

❗️Kalau anda sudah ada tarikh untuk kelahiran secara caesarean dan ada GBS, anda TIDAK PERLU antibiotic untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi, melainkan air mentuban telah pecah. Biarpun begitu, bila kita nak buat pembedahan caesarean, SEMUA ibu akan diberikan antibiotic sebelum pembedahan bermula untuk mengurangkan risiko untuk pelbagai jenis jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan

 
‼️Beritahu doctor mengenai ubat yang anda allergic kepada. Kemungkinan besar ubat yang ada allergik tu adalah antibiotik yang perlu diberikan untuk GBS.

 
👶🏻Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang ada GBS akan dipantau oleh doktor paediatrik, untuk mengenalpasti bayi akan ada jangkitan kuman GBS. Rawatan antibiotik akan dimulakan jika difikirkan perlu oleh doktor paediatrik .

 
Bayi yang terkena jangitan kuman GBS akan menunjukkan

👶🏻Nafas berbunyi, susah untuk bernafas

👶🏻Selalu mengantuk dan tiada respon

👶🏻Otot-otonya lembik

👶🏻Tidak minum susu dengan baik, atau kurang susu

👶🏻Demam atau mempunyai suhu rendah

👶🏻Perubahan pada warna kulit ( blotchy skin )

👶🏻Nadi bayi menjadi laju  atau terlampau perlahan

👶🏻Tekanan darah menjadi rendah – boleh dikenalpasti di hospital

👶🏻Paras gula darah bayi rendah – bole dikenalpasti di hospital

 
👀Jika ada tanda-tanda ini, hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor. Jika lewat boleh menyebabkan kesan yang serious sehinggan boleh membawa maut.

Jangan melompat-melompat kebimbangan kalau doktor cakap anda ada GBS, biarkan doktor explain terlebih dahulu. Ada rawatan untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi. 

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & kehamilan