Tuesday 27 November 2018

Petua Bernas untuk ibu muda

KEMBUNG PERUT PADA BABY
.
Baby merupakan makhluk comel yang banyak angin. Jangan terkejut bila dengar fakta yang baby kentut 13-21 kali sehari. Normal je tu.
.
Tapi kenapa banyak sangat anginnya? Haa..itu yang menjadi tanda tanya. Lazimnya, angin masuk ke perut baby melaui beberapa cara.
.
Melalui menyusu, sama ada breastfeeding atau botol susu
Menangis yang berterusan
Tidur dengan mulut terbuka dan kipas terpasang
.
Bila dah kembung perut, maka menangislah baby tu. 
.
Bagaimana Mencegah Kembung Perut Pada Baby?
.
Periksa cara menyusukan baby – Pastikan semasa menyusukan anak, kepala baby lebih tinggi dari perut. Dengan itu, susu akan terus masuk ke dasar perut dan angina pula akan naik ke atas dan keluar melalui sendawa.
Sendawakan baby anda – lepas baby habis menyusu, telangkupkan tetap pastikan kepala baby lebih tinggi dari badannya, dengan perut baby diletak di atas peha. Urut belakang baby sampai sendawa.
Tukar peralatan menyusu jika tak sesuai – Jika masih pakai puting susu yang biasa, apa kata tukar kepada yang anti-cholics. Puting anti-cholics akan mencegah angin masuk ke dalam perut baby semasa menyusu.
Exercise baby dengan kasih sayang – Sapukan minyak angin, dan baringkan baby dengan terlentang. Kayuhkan kakinya seolah-olah dia sedang menunggang basikal. Mandian suam juga boleh membantu dia melepaskan gas berlebihan di dalam perut.
.
Selamat mencuba! 
#infobyMHAMSB
#sharingbyKakCT

Sawan Tangis

Sawan Tangis
.
Sawan tangis adalah keadaan di mana bayi menangis tanpa henti selama 3 jam dalam sehari, dan berlaku melebihi 3 hari dalam seminggu. Keadaan ini boleh berlarutan hingga ke 3 minggu lamanya.
.
Tiada penyakit yang menyebabkan bayi mendapat sawan tangis, malah bayi yang sihat pun boleh terkena sawan tangis. Dan sememangnya keadaan ini akan membuatkan ibu dan bapa merasa susah dan sedih, walaupun mereka sudah beberapa kali melahirkan anak.
.
Sawan tangis berlaku pada 10-40% bayi, dan beransur-ansur hilang apabila menjejak umur 6 bulan.
.
Tanda-tanda sawan tangis:
.
Biasanya berlaku pada waktu lewat petang
Bayi menarik kakinya sehingga ke perut
Genggaman tangan bayi lebih uat dari biasa
Bunyi tangisan kebiasaanya kuat dan nyaring dari biasa.
.
.
#infobyMHAMSB
#sharingbyKakCt

PANDUAN MEMANDIKAN BAYI YANG BETUL


.
Saat bayi baru lahir merupakan saat pertama tubuh badan mereka menerima sentuhan dari sekeliling, sama ada dari sentuhanmanusia ataupun alam semulajadi (udara, cahaya matahari, air). Dan sebagai ibu bapa, kitalah yang menentukan waktu yang paling sesuai untuk mereka.
.
Bilakah waktu mandi yang paling sesuai untuk bayi?
.
Sebelum memandikan bayi, pastikan:
Mandian tersebut tidak mengganggu waktu tidur mereka
Tidak memandikan mereka semasa mereka sedang lapar
Bayi tersebut tidak kesejukan (demam dan sebagainya)
.
Mengapa orang tua-tua menyuruh memandikan bay pada waktu pagi? Apa hikmahnya?
.
Peringkat bayi adalah peringkat di mana mereka belum mampu mengawal  suhu tubuh badan mereka sendiri, sebagaimana orang dewasa.
.
Waktu pagi adalah waktu di mana perubahan suhu sedan berlaku dari sejuk kepada panas/hangat. Inilah waktu paling sesuai agar tubuh badan bayi tidak terkejut dengan perubahan tersebut. Dan kerana ini jugalah, kita digalakkan memandikan mereka dengan air hangat/suam-suam kuku.
.
Macam mana orang dulu-dulu boleh tahu pasal ini ya? Mesti melalui pengalaman kan..
.
.
#infobyMHAMSB #SharingbyKakCT

4 Tips Penjagaan baby yang betul


.
Tiada siapa dapat mengalahkan kelembutan kulit bayi. Namun, disebabkan kulitnya yang sensitif, maka kulit bayi juga perlu penjagaan yang khusus.
.
#1 Kerap Mandi Bukan Caranya
.
Seperti orang dewasa, kulit bayi juga mempunyai lapisan sebum (minyak semulajadi) yang melindungi kulit dari jangkitan bakteria. Bayi yang kerap dimandikan tak mempunyai lapisan minyak yang cukup.
.
#2 Hati-hati Dengan Basuhan Baju Bayi
.
Seeloknya, gunakan sabun basuh yang tanpa haruman ataupun pewarna. Bahan yang menghasilkan warna dan bau wangi mungkin tak sesuai untuk kulit bayi yang sensitive.
.
#3 Lembapkan Kulit Bayi
.
Losyen adalah pilihan utama ibu-ibu sekarang, tapi tahukah anda ada pilihan lain yang lebih baik? Gunalah minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Dua jenis bahan ini memang terbukti bagus untuk melembapkan kulit.
.
#4 Petroleum Gel
.
Petroleum Gel sangat berguna untk mengelakkan kawasan lampin bayi basah dan seterusnya menyebabkan ruam lampin. Sapukan di kawasan lipatan atau di kulit punggung dan celah kelengkang bayi sebelum memakaikan lampin.
.
.
#infobyMHAMSB
#sharingbyKakCT

5 Perkara yang perlu Dielakkan semasa mengurut bayi

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Mengurut Bayi
.
Sudah menjadi lumrah bayi, sentiasa sukakan urutan. Tahukah anda ada perkara yang tidak boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengurut bayi? Jom baca supaya kita tahu hal penting ni.
.
Jangan mulakan urutan sehingga bayi betul-betul rileks dan bersedia.
Usah lakukan urutan bayi di atas permukaan yang lembut seperti tilam atau sofa. Lakukan di atas lantai yang dialas dengan tuala atau kain yang bersih.
Semasa mengurut, perhatikan reaksi bayi. Jika bayi tersebut sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa. Antara tanda-tandanya: menangis, menahan nafas, mata melihat ke arah lain.
Jika bayi mudah teruja dengan urutan anda, cuba elakkan bercakap atau menyanyi semasa urutan. Ini kerana semasa teruja, otot mereka berada dalam keadaan yang tidak rileks. Urutan memerlukan otot-otot mereka rileks.
Urutan bayi sama sekali berbeza dengan urutan orang dewasa. Urutan bayi hanya pada permukaan kulit kereka sahaja, tidak perlu menekan jari ke dalam otot mereka.
.
.
#infobyMHAMSB #sharingbyKakCT