Friday 29 November 2019

KENAPA ANAK ASMA PERLU SOKONGAN KUAT DARI ANDA

.
Pernah terfikir, betapa besarnya tanggungjawab ayah dan ibu terhadap anak yang menghidap asma?

Selain dianugerahkan Tuhan sebagai ujian kepada ibubapa, anak asma juga adalah sebagai penghapus dosa bagi ibu dan bapa tersebut. Tapi itu semua dengan syarat ibu dan bapa tersebut perlu bersabar seboleh yang mungkin.

Sesekali perlu ingatkan diri kita sendiri, jika kita rasa susah dengan adanya anak yang menghidap asma, sesungguhnya mereka juga tak pernah meminta dilahirkan dengan yang sedemikian. Dan yang pastinya, mereka juga menanggung derita yang jauh lebih besar dari kita.

Pernah dengar pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”? Begitulah yang terjadi kepada anak asma. Mereka yang rasa, mereka yang derita. Malah mereka tak pernah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan mereka, apatah lagi menyalahkan takdir yang menimpa mereka. 

Jadi, jika anak anda didapati menghidap asma, maka bersabarlah wahai ibu dan bapa sekalian. Ganjaran yang besar menanti anda melebihi ibu bapa lain!
.
.
Jom cuba rawatan Alternatif sekarang ramai yang dah guna berkesan. 


#MHAMSB #MinyakHerbaAsmak
#SharingbyKakCT
0193907954 SA159100

Monday 25 November 2019

SAWAN TANGIS

.
Sawan tangis adalah keadaan di mana bayi menangis tanpa henti selama 3 jam dalam sehari, dan berlaku melebihi 3 hari dalam seminggu. Keadaan ini boleh berlarutan hingga ke 3 minggu lamanya. 
.
Tiada penyakit yang menyebabkan bayi mendapat sawan tangis, malah bayi yang sihat pun boleh terkena sawan tangis. Dan sememangnya keadaan ini akan membuatkan ibu dan bapa merasa susah dan sedih, walaupun mereka sudah beberapa kali melahirkan anak.
.
Sawan tangis berlaku pada 10-40% bayi, dan beransur-ansur hilang apabila menjejak umur 6 bulan.
.
Tanda-tanda sawan tangis:
.
❌ Biasanya berlaku pada waktu lewat petang
❌ Bayi menarik kakinya sehingga ke perut
❌ Genggaman tangan bayi lebih uat dari biasa
❌ Bunyi tangisan kebiasaanya kuat dan nyaring dari biasa.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
#sharingbyKakCT
0193907954
KakctAsmak

Saturday 23 November 2019

MERAWAT RUAM LAMPIN ANAK

3 Ramuan Penting Yang Wajib Ada Pada Krim Untuk Merawat Ruam Lampin
.
Sebelum ini, bagaimanakah anda memilih krim yang paling berkesan untuk merawat ruam lampin pada bayi? Apakah bahan yang anda perhatikan di label bungkusan krim tersebut?
.
Di sini disenaraikan 3 bahan yang wajib ada pada krim tersebut agar ruam lampin pada bayi dapat sembuh dengan cepat, selain tidak meninggalkan kesan pedih pada bayi.
.
Zinc Oxide – bahan ini sangat penting untuk menghentikan ruam serta mengelakkan jangkitan pada ruam tersebut.
Dimethicone – Dimethicone berfungsi untuk merawat gatal dan ketidakselesaan pada ruam tersebut.
Aloe vera – Pelembap yang terbaik dan semulajadi adalah aloe vera. 
.
Gabungan ketiga-tiga bahan ini akan menghasilkan lapisan pelindung di antara lampin yang basah dan kulit bayi, agar kulit bayi mempunyai masa yang cukup untuk pulih sepenuhnya.
.

Ingin cuba sesuatu yang lebih natural?Boleh cuba produk dari tanah liat putih.


#infobyMHAMSB #BedakAsmak
#SharingbyKakCT
0193907954
FB Siti Radziah Ishak

Thursday 21 November 2019

BAGAIMANA DOKTOR BOLEH TAHU ANAK ADA ASMA?


.
Simptom-simptom asma lebih kurang sama macam lelah dan pneumonia. Sebagai orang awam, agak susah untuk kita kenalpasti yang mana satu terkena pada anak kita. Macam mana nak tentukan sama ada anak kita betul-betul ada penyakit asma? Apa cara yang doktor gunakan untuk menentukan?
.
Ada beberapa cara yang doktor gunakan untuk mengesan asma. Ada yang murah, ada yang mahal. Ada yang cepat, ada juga yang lambat. Artikel ini membincangkan 2 cara yang paling popular, dan sebagai ibubapa kita kena pandai pilih mana satu yang paling sesuai dengan anak kita. Jom baca.
.
*#1 Ujian Darah*
.
Ujian ini adalah yang paling sesuai untuk mereka yang terlalu sensitif kepada allergen, ataupun benda yang boleh menyebabkan serangan asma. Namun begitu, keputusan ujian ini agak lama untuk dikeluarkan dan kosnya mahal. Tapi jangan risau, biasanya keputusan ujian ini sangat tepat.
.
*2# Ujian Kulit*
.
Ujian kulit adalah yang paling popular berbanding ujian darah. Mungkin kerana kosnya yang lebih murah dan masa yang diambil lebih cepat, iaitu hanya dalam 2 jam sahaja. Siapa yang taknak cepat kan? Dahlah murah.
.
Yang tak berapa menyeronokkan, ujian ini tak berapa sesuai untuk mereka yang terlalu sensitif kepada allergen kerana semasa ujian dijalankan, kulit akan didedahkan dengan bahan yang menyebabkan elergi seperti makanan dan latex. 
.
Kesimpulannya, berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa ujian untuk anak anda ya?
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
#sharingbyKakCT
0193907954

Monday 11 November 2019

TIP URUTAN UNTUK BABY KEMBUNG PERUT

Bestnyer kalau dapat urutkan.  Macamtu juga baby mesti rasa selesa disamping boleh eratkan lagi kasih sayang ibu pada baby.  Lepasni boleh follow Tip ni yer. Semoga baby tak kembong lagi. 

Boleh juga sebelum urut tu sapu Minyak Herba Asmak dulu.  Lagi cepat hilang kembong. 

FB Siti Radziah Ishak
MinyakHerbaAsmakMantin




Tuesday 5 November 2019

TANDA BABY ALAHAN DENGAN SUSU FORMULA

Tak semua baby serasi minum susu formula.  Kakct 4 org anak semua minum susu ibu sehingga 2 tahun lebih..  Tapi 6 bulan dah campur susu formula dugro dumex jer. Alhamdulillah ok. 

Jom kita tengok Tanda2 bayi  alahan dengan susu formula. 








Nak tau info lanjut tentang Asmak? 
FB siti radziah ishak
Tel 0193907954

Monday 4 November 2019

Rindu bau baby? Info ni wajib ambil tahu.


Islam itu mudah. Tapi jangan ambil mudah. Perkara berkaitan najis ni kena ambik berat jugak.

Baby mmg akan kerap berak dan kencing. Kalau rasa leceh nak angkat ke tandas atau sinki, sediakan spray air. Ikut step ni:

1. Lap dengan baby wipes.
2. Spray bahagian yg terkena najis.
3. Lap semula sehingga kering dan yakin tiada bau, warna dan rasa.

Sunday 3 November 2019

Musim HFMD bahaya datang

Semasa musim HFMD, bayangkan bayi sebelum ini duduk dengan air liur meleleh di meja makan... kemudian anak anda duduk pula di atas kerusi yang sama. 

Oleh itu, jika anda ingin menggunakan kerusi tinggi untuk bayi anda di restoran pastikan ia di bersihkan terlebih dahulu dengan cecair pembersih. 

Survey menunjukkan, permukaan meja bayi ini jauh lebih kotor dari meja lain direstoran. Walaupun jarang menyebabkan kesakitan yang teruk, ia mungkin mengandungi kuman bahaya seperti Coliform.

Permukaan yang bersih jangan disangka suci tanpa kuman, untuk keselamatan bayi anda, WIPE dengan pembersih!

Kredit FB : Public health malaysia

Follow IG  KakCtAsmak
Facebook : Siti Radziah Ishak