Sunday 27 October 2019

MITOS ATAU FAKTA


STRESS menyebabkan susu tak keluar?
====================================

Sebelum itu kenapa mak mak stress?

+ risau nak masuk kerja, babysitter boleh jaga anak dengan baik tak?

+ risau susu EBM cukup tak cukup

+ stress tengok pagi pagi nak keluar rumah jalan jammed

+ risau sempat ke nak punch card hari ni

+ balik kerja nak ambil anak, nak masak lagi cepat cepat

+ pening fikir nak masak apa hari ni lepas balik kerja?

+ lain lain... Nyatakan sendiri

Betulkan mak mak banyak fikir? Bila banyak fikir last last stress, sakit tulang belikat dan kepala berdenyut denyut kan.

.

Balik ke soalan asal. Sebelum jawap soalan kita berkenalan duku dengan dua makhluk utama yang peranannya sangat penting dalam penyusuan susu ibu.

Makhluk pertama nama dia PROLAKTIN.

Prolaktin ini sejenis hormon tau! Dia bukan jin. 😈 Dia duduk dalam badan kita untuk merembeskan susu. Susah la guna bahasa medikal, kita guna bahasa layman jer ye.😅

Prolaktin ni kerja dia bagi arahan pada kilang susu untuk keluarkan susu. Prolaktin dapat isyarat dari puting susu. Bila baby hisap jer mentol prolaktin bernyala dan susu akan dihasilkan. 

Makhluk kedua pula nama dia OKSITOSIN. 

Dia ni pun sejenis hormon. Dia pun duduk dalam badan kita. Dia bukan sejenis saka.😈

Kerja Oksitosin ni pula keluarkan susu. Bila susu keluar, baru baby dapat menyusu.
.

Jadi ada dua peringkat di sini iaitu HASILKAN dan KELUARKAN. 

Prolaktin ==> bahagian pembuatan

Oksitosin ==> bahagian pengedaran

.

Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang konsep asal penyusuan adalah SUPPLY & DEMAND.

Kerana, prolaktin dirangsang mengikut keperluan dan kehendak bayi. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak prolaktin dirembes maka lebih banyak susu dihasilkan. Apabila bayi kurang menyusu, penghasilan susu pun merosot.

Tindakan prolaktin menyebabkan buah dada diisi semula dalam tempoh 2 3 jam. Untuk mengekalkan pattern ini, pastikan susu dikeluarkan. Susu yang penuh pada buah dada akan menekan sel sel kilang susu yang menyebabkan kilang berhenti production

Itu sebab, ibu yang berkerja perlu mengepam susu keluar. Kita mahu kekalkan pattern demand sentiasa ada walaupun baby tidak bersama kita.

.

Refleks oksitosin pula agak kompleks berbanding prolaktin kerana melibatkan psikologi.

Apabila ibu fikirkan tentang bayinya barulah oksitoxin muncul.

Apabila ibu terdengar tangisan bayinya barulah oksitoxin muncul. 

Apabila ibu berkeyakinan tinggi barulah oksitoxin muncul.

Oleh kerana ibu berada dalam keadaan positif, barulah susu keluar. Hah! Tricky betul fasa keluarkan susu ni. Dia tak nak keluar tanpa rangsangan yang betul padahal susu ada. 

.

Jadi, memang benarlah yang stress memang merencatkan pengeluaran susu. 

Dah lah stok susu EBM tak cukup, dah risau dah, lagi risau lagi tak mahu keluar susu. Berapa ramai ibu macam ni?

Mulalah risau ambil macam macam. Ambil tu tak jalan, ambil ni tak jalan, semua tak kena. Last last give up. Ramai kan macam ni kan... So, nak ambil apa apa pastikan faham konsep asas ini. Memang ada supplement yang membantu. Pastikan jurujual/pharmacist/pengamal perubatan faham konsep asas bf baru mereka boleh advise. Sebab itu kena tahu juga history ibu supaya kita tangani mana yang priority.

Akhirnya sekali claim aku memang tak cukup susu. Hah! Tak baik cakap tu.. Sabotaj diri namanya. 

Sebenarnya ilmu ini yang kita mungkin belum tahu. 
.

So nak buat macamana?

Tangani stress dahulu.

Pertama, tarik nafas. Tarik nafas. Lepas. Tarik lagi...lepas. (ini proses kita nak masukkan oksigen lebih banyak dalam badan supaya kita boleh lebih rasional)

Kedua, istigfar istigfar istigfar. (ini proses kita maafkan diri kita dan mula connect kepada tuhan yang Maha Agung)

Ketiga, Tenang. Tenang. Tenang. Bila tenang, idea akan datang. Solusi dah mula nak bagi jalan.

Keempat, cari ilmu dan praktis. 

Kelima, cari orang yang kita boleh rujuk. Yang boleh bagi kata positif. 

Keenam, mesti boleh settle masalah ini bila Allah dah buka jalan dan kita yakin sangat yang tubuh badan kita memang magic akan bekerja untuk impian kita. 
.

Selamat breastfeeding semua. Saya doakan anda berjaya. Hanya ibu bf yang memahami keperluan ibu bf yang lain.

Kredit Pn. Rafiza Idayu

No comments:

Post a Comment