Sunday 11 October 2020

PANDUAN URUTAN JIKA BABY KEMBUNG PERUT


Urutan bayi adalah lebih kepada stimulasi, bonding dan juga salah satu cara kita mempamerkan kasih sayang kerana elemen kuasa sentuhan. Kebaikan urutan bayi ini bukan sahaja kepada bayi, tetapi juga kepada kanak-kanak dan ibubapa.

Caranya, pastikan tangan bersih dan sapu dengan minyak untuk kurangkan geseran pada kulit bayi yang masih lembut. Nak dapatkan aura yang lagi best, guna je Minyak Herba Asmak 😊

"I"
Buatkan gerakan huruf 'I' ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.

"Love"
Buat bentuk 'L' terbalik dari arah kiri ke kanan.

"U"
Kemudian buatkan bentuk 'U' terbalik dari kiri ke kanan.

Ketika membuat gerakan ini, sebut 'I love you' dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.

Selamat mencuba 🥰

No comments:

Post a Comment